Wednesday 29 June 2011

barakallahulakum..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah, saat yang dinanti telah tiba..
Saat yang sangat mendebarkan akhirnya dilalui jua..
Syukur kepada Allah kerana mempermudahkan segalanya..
dan kini, status sudah bertukar menjadi berdua..
Alhamdulillah,
Alhamdulillah
dan Alhamdulillah...

27 rejab: Israk & Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 
(surah Al-Isra', ayat 1)

ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.Umat Islam wajib mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu. Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.

Bila berbicara tentang peristiwa Israk Mikraj ini, kita akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril  yang boleh dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Israk yakni perjalanan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. 

Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Rasulullah SAW ini telah diabadikan oleh Allah di dalam Al Quran, surah Al-Isra' ayat 1.

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah SAW yang hanya berlangsung pada satu malam ini seringkali diulang cerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk Mikraj diadakan, namun roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih gagal meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam. Semasa ceramah, kita mendengar dengan penuh minat dan mungkin akan sesekali ketawa jika penceramah berjenaka. Selesai ceramah kita akan sama-sama menjamah jamuan yang disediakan dan kemudian pulang ke rumah tanpa membawa apa-apa.

Hidup diteruskan seperi biasa dan iktibar di sebalik Israk Mikraj masih gagal difahami. Begitulah keadaannya setiap kali tibanya Israk Mikraj.

peta perjalanan Rasulullah s.a.w ketika diisrakkan

Jawatan kosong!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..


(^__^)V

I believe

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


oh Lord


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Oh lord, I told you: I'm in pain
You said: 39:53 do not despair of the mercy of Allah

I told you: nobody knows what is in my heart
You said: 13:28 Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest

I told you: many people hurt me
You said: 3:159 So pardon them and ask forgiveness for them

I told you: I feel I'm alone
You said: 50:16 We are closer to him than [his] jugular vein

I told you: My sins are so many
You said: 3:135 and who can forgive sins except Allah? 

I told you: do not leave me
You said: 2:152 So remember Me; I will remember you..

I told you: I'm facing a lot of difficulties in life
You said: 65:2 And whoever fears Allah – He will make for him a way out

I told you: oh lord I need hope
You said: 94:6 Indeed, with hardship [will be] ease.

I Told you: I have many dreams that I want to come true
You said: 40:60 Call upon Me; I will respond to you



Tuesday 28 June 2011

duhai maksiat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..

Duhai Maksiat…
Sungguh Diriku berat
Berlepas dari jerat – jerat
Yang telah kau ikat terlalu kuat
Pada hati yang telah berkarat
Pengingkaran pun terasa nikmat
Hingga bergunung dosa telah ku pahat
Kian terasa, neraka tiada sekat

Duhai Maksiat…
Engkau dan syaitan terlaknat
Bersahabat berteman dekat
Berjanji menjadi pengkhianat
Melawan Allah yang Maha Melihat
Juga Menentang Malaikat yang selalu mencatat

Duhai Maksiat…
Engkau membuat fikiranku penat
Hatiku berubah hitam pekat
Jiwaku tersesat, akhlakku bejat
Ragaku meronta menggeliat
Masa depanku suram kelat
Rezekiku kian mampat
Usiaku sia – sia tak bermanfaat
Aku sendiri kehilangan akal yang sihat

Monday 27 June 2011

Saturday 25 June 2011

pasti ada hikmahnya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Duhai hati,
Saat jalan mulai kelabu
Saat kerisauan mula bertamu
Saat semuanya datang membelenggu
 Saat fikiranmu mula buntu

yakinlah,
Semua pasti ada hikmahnya
yakinlah,
Allah telah merancang sesuatu untukmu
lampau Allah telah membantumu
semalam Allah masih membantumu
dan hari ini,
pasti pertolongan Allah akan sentiasa bersamamu
yakinlah,
Allah telah mencatatkan semuanya untukmu..
Semuanya akan tiba bila sampai waktunya
yakinlah dengan keyakinanmu!


Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah
nescaya Allah akan membukakan jalan keluar
dari arah yang tidak di sangka-sangka..
(At-Talaq; 2-3)







Friday 24 June 2011

masalah!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


Diceritakan bahawa seorang lelaki menghadapi pelbagai masalah yang sangat berat. Hatinya runsing, fikirannya kacau bilau memikirkan jalan penyelesaian yang tak kunjung datang. Pintu-pintu harapan bagaikan tertutup rapat, tidak tahu arah mana hendak dituju, kepada siapa hendak mengadu?

Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang hakeem (orang bijak pandai), mudah-mudahan dia dapat memberi nasihat berguna dan menunjukkan jalan penyelesaian kepadanya.

Setelah bertemu dengan hakeem tersebut, dia berkata:
Wahai Hakeem, sesungguhnya aku datang kepadamu untuk mengadu masalah yang aku hadapi, yang membuat aku sangat tertekan, tidak ku temui jalan penyelesaiannya. Maka bantulah aku!

Thursday 23 June 2011

Just close your eyes and imagine!



Just close your eyes and imagine,

You have just one more day to live;
One more day to show Allah Ta'ala,
To you 'Heaven' should he give?
To say goodbye to your family,
And all your closest friends;
To ask for forgiveness,
And try to make amends;

Just close your eyes and imagine,
Did you miss a prayer or two?
Did you please Allah Ta'ala, and do the things,
He asks every Muslim to do?

Just close your eyes and imagine,
Tomorrow you will be gone;
No more second chances,
To smell the mist of dawn;

komik: diari ipt episod 2

Sunday 19 June 2011

tidak menunggu sempurna

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Bila ada manusia mengajak kepada kebaikan, kadangkala dia akan berhadapan dengan sindiran dan caci maki orang ramai. Tambah memburukkan, sindiran dan caci maki itu melemahkan kekuatan hati untuk terus menyebarkan kebaikan. 
Antara kata-kata yang biasa kita dengar adalah:
Ala, belajar pun tak habis lagi nak dakwah-dakwah”
“Diri pun tak berapa betul, nak ajak orang pada kebaikan”
“Ni dah hafal Al-Quran sepenuhnya ke, nak ajak-ajak orang buat baik ni?”
“Kau dah sempurna sangat ke?
Dan begitulah antara ayat yang keluar, melemahkan semangat mereka yang ingin mengajak kepada Allah SWT. Kadangkala, alasan-alasan seperti itu, yakni alasan tak sempurna, belum cukup bersedia, ilmu masih tak banyak, dosa masih ada yang tak boleh tinggal, digunakan oleh kita sendiri sebagai jalan keluar untuk tidak bergerak menyebarkan kebaikan.
Adakah benar, hendak mengajak kepada kebaikan, diri kita perlu sempurna dahulu?

Saturday 18 June 2011

Demi waktu DhuhaMU...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt




اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .

Friday 17 June 2011

komik: diari ipt

Syaitan mengejutnya untuk Solat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..

Suatu hari, akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir al- Jailani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir. Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.
"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh, padahal kau amat benci kepada orang yang solat?"

tolong beritahu si dia

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..


Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Wednesday 15 June 2011

Bangkitlah dari kegagalan



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt



SIAPA yang tidak pernah gagal dalam kehidupan? Justeru kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan. Mereka yang pernah berjaya, sebenarnya pernah gagal, tetapi mereka boleh berjaya kerana mereka bangkit dari kegagalan. Mereka miliki ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk berusaha maju.

Anda tentu pernah mendengar nama Thomas Alva Edison, ‘Tukang Sihir dari Menlo Park’ (The Wizard of Menlo Park). Seorang pencipta hebat yang dibuang sekolah, tetapi diakhir hidupnya berjaya membuat paten lebih 1,000 penemuannya. Seorang yang genius menemui formula menghidupkan mentol. Beliau mendefinasikan kecerdikan sebagai satu peratus inspirasi dan sembilan puluh sembilan peratus lagi adalah usaha. Kita semua mengenali Edison dan apakah sumbangannya dan ada banyak lagi kisah menarik sepanjang hidup Edison, seperti sikapnya dalam menghadapi kerugian perniagaan.

Saat beliau mahu membiayai beberapa projek barunya, Edison memutuskan untuk menjual sahamnya di General Electric iaitu perusahaan yang didirikan sebelumnya. Namun, projek barunya kurang berjaya dan tidak mampu bersaing dengan perusahaan lain yang lebih kukuh keadaan kewangan mereka. Projek-projek itu akhirnya gagal dan tidak boleh diteruskan lagi. Setahun kemudian seseorang memberitahunya bahawa nilai saham perusahaan yang dijual iaitu General Electric, naik mendadak di pasaran. Edison tidak menyesalinya malah dia tidak berkata, “Kalau saya tidak menjualnya” atau “Kalaulah saya masih memiliki saham-saham itu.” Dia hanya memberi reaksi dari maklumat itu dengan kata-kata santai 


“Well, it’s all gone, but we had a hell of a good time spending it.”

Dia berkata “We had a hell of a good time spending it ..”, sedangkan wang hasil penjualan saham itu habis dikeluarkan untuk membiayai projek yang akhirnya gagal. Dia sama sekali tidak bersedih atau berputus asa. 

Tuesday 14 June 2011

DOA jangan minta disegerakan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 
"Dan Tuhanmu berfirman: 'Berdoalah kepadaKu nescaya akan Kuperkenankan bagimu'. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina". (Surah Ghafir 40:60)
Ketika mentafsirkan ayat suci ini, al-Allamah ibn Kathir telah menukilkan kata-kata Qatadah:
 "Ka'bul Ahbar berkata bahawa antara kelebihan umat ini berbanding umat terdahulu ialah nabi terdahulu dikatakan kepada mereka, "Berdoalah kepadaKu pasti Aku perkenankan doamu"..Sedangkan kepada umat ini Allah berfirman: "Berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan kepadamu sekalian"...

Sunday 12 June 2011

Selamat!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..


Dalam bulan ini, pelbagai peristiwa telah berlaku dan akan berlaku..peristiwa yang paling banyak adalah perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.=)
Untuk sahabat-sahabat yang melangsungkan perkahwninan, selamat pengantin baru dan semoga Allah memberkati dan melimpahkan keberkatan kepada kalian dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan...


Dan, ada juga yang menyambut ulangtahun kelahiran, selamat hari ulangtahun kelahiran saya ucapkan, terutama buat kakak ipar saya, dan beberapa sahabat saya...dan hari ini pun adalah hari lahir seorang sahabat..selamat hari lahir..semoga Allah memberkati usiamu..=)

Saturday 11 June 2011

racun halus


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, petang semalam saya berpeluang menonton rancangan Al-Kuliyyah yang disiarkan di tv3, yang bertajuk Racun Halus..Ustaz jemputan adalah ustaz Sharhan Shafie.., pengasas Pusat rawatan Zamdurrani.

Racun Halus
Racun halus yang dimaksudkan adalah ilmu sihir seperti santau dan sebagainya. Ianya dilakukan dengan bantuan jin, seperti mana firman Allah
“Dan bahawasannya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan… (QS. Al-Jin : 6)
Meminta keselamatan dari jin untuk mencelakai orang lain atau untuk menolong orang lain, meminta pertolongan kepadanya untuk menjaga diri dari kejahatan orang lain yang dengki kepadanya, kesemuanya adalah perbuatan syirik.

Friday 10 June 2011

surat dari dia

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt..

Surat ini kutujukan buat seseorang yang pernah singgah di hatiku.
____________________________♥


Syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.

Ukhti, 
Alhamdulillah, aku telah menemukan sesuatu dalam pencarianku untuk mendamba cintamu. 
Dalam tidak sedar, sebenarnya, aku ada Kekasih yang sentiasa menjaga dan melindungiku.
Kekasih yang Tidak pernah mengantuk, dan Tidak pernah Tidur.
Yang  terus menerus Memperhatikan dan Mengurusku. 
Yang selalu bersedia berduaan di sepertiga malam terakhir.
Yang siap Memberi apapun yang kupinta. Dia yang Bertahta, Berkuasa, dan Memiliki Segalanya.

secangkir teh pengubat letih

Bismillahirrahmanirrahim

YILIK YAP DENIZE AT, BALIK BILMEZSE HALIK BILIR!"
"Teruskan berbuat baik dan lemparkan ia ke hamparan lautan. Andai ikan tidak terlihatkan ia, Tuhan sentiasa mengetahui-nya"
~secangkir teh pengubat letih~  

“Ada yang pergi Turki dapat pahala, ada yang pergi Turki dapat dosa. Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah yang dikatakan, ‘Siapa kamu menentukan cara kamu melihat’. Kesannya pula ialah. ‘Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat”.

Tuesday 7 June 2011

Nora elena..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Kebelakangan ni saya selalu tengok wall post rakan-rakan di facebook mengenai sebuah drama yang sedang disiarkan di tv3..Nora Elena..banyak betul orang puji-puji Seth Tan tu kan.. Dalam banyak-banyak post dan komen orang tentang cerita yang diadaptasikan dari novel ni, saya paling tertarik dengan apa yang dikongsikan oleh salah seorang kawan saya ni..
Dia cakap, :
Nah, ni dialog versi Seth Tan n Nora masa diorang belum nikah lg.
gambar hiasan =)
Renung-renungkan! =)

Thursday 2 June 2011

berubah-ubah niat




Seorang pemanjat kelapa sedang berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, rebut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang berjuntai.

Keadaannya seperti telur dihujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh. Jika selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin.”

Sejurus kemudian, tangannya dapat beraut kembali pada badan pokok.

Namun rebut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik dari sebelumnya, tetapi dia masih lagi belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “ Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin.”

berdoalah!



Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya


Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
DIA.....DIA

Wednesday 1 June 2011

menjadi orang bersyukur



Dengan wajah sedih, seorang laki-laki datang kepada seorang ulama. Dia mengeluhkan kefakiran dan berbagai kemalangan hidup yang dialaminya. Ulama tersebut berkata, “Apa kamu mau penglihatanmu diambil dan diganti dengan seribu dinar?” Orang itu berkata, “Tidak.”

Sang ulama bertanya lagi, “Apa kamu senang menjadi orang bisu dan diberi seribu dinar?” Orang tersebut menjawab, “Tidak.” Sang ulama yang dikenal shalih itu kembali bertanya, “Apa kamu mau dua tangan dan dua kakimu buntung lalu kamu mendapatkan dua puluh ribu dinar?” Orang tersebut lagi-lagi menjawab, “ Tidak.”
“Apa kamu mau jadi orang gila dan dikasih sepuluh ribu dinar?,” tanya sang ulama lagi. Dan sekali lagi orang tersebut mengatakan, “Tidak.” Maka, sang ulama bijak itu pun berkata, “Terus, apa kamu ini tidak malu kepada Tuhanmu yang telah memberimu harta senilai puluhan ribu dinar?!”

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..




Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana
yang siap untuk kau pilih..
 Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,
yang sangat jauh dari sempurna.
Karenanya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah..
Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak bonda khadijah,
karenanya ku ingin kau tahu..
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
karena bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..