Monday, 4 April 2011

memaknai kematian di hari kelahiran

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Hari ini ulangtahun hari lahirmu,
hari ini bertambah lagi usiamu,
hari ini bertambah jua tanggungjawabmu,
hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yang mendatang
hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak dan duri
hari ini Allah pendekkan lagi jarakmu denganNYA
semakin berkurang tempoh untuk beramal
semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu
semakin bersedia malaikat maut untuk menjemputmu
semakin dekat masa amalanmu untuk dihitung
dan semakin hampir haruman firdausi ataupun azab jahanamNYA
oleh itu gunakanlah kedewasaan ini sebagai peringatan bagimu
bahawa kematian itu semakin menghampirimu
memaknai kematian akan membuatmu menghargai kehidupan
perbanyaklah mengingat penghancur kenikmatan



"ya Allah, aku mohon keberkatan pada umurku sebelum ini dan sesudah ini, aku mohon keredhaanMU dalam setiap langkahku, jadikanlah sebaik-baik umurku pada saat ketika aku menemuiMU, 
dan jadikanlah sebaik-baik amalku pada saat penghujung waktuku.."

***************************

Hadiah di hari Lahir.tidak ada apa yang kuhadiahkan buat diri.tiada kek, tiada apa-apa, hanya ketundukan seorang hamba, mensyukuri nikmat dan kasih sayangNYA dan serangkai doa yang berjela-jela, memohon keberkatan dan keredhaan dalam setiap helaan nafas...perkenankanlah ya Allah..

kek keju buatan sendiri bersama sahabat tulip di ulangtahun kelahiran pada tahun 2010


Oh ya, sebelum terlupa, terimalah hadiah hari lahir saya buat anda..



3 comments:

  1. Ehem2...
    Cik Tulip Ungu...mintak keke keju cket...cedapnya..hehehe

    ReplyDelete
  2. Doaku akan sentiasa mengiringi mu dalam setiap langkah perjuangan engkau disana~
    moga engkau menemukan yang terbaik buat dirimu....
    Percayalah, engkau tidak berseorangan, kerana kami sentiasa dihatimu~

    ReplyDelete

(Thanks for dropping by!! ^_^)