Monday, 15 August 2011

15 hari saja lagi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


15 Ramadhan 1432H, 15 Ogos 2011.

“ da, tadi aku ada baca satu buku..menurut kajian imam Ghazali, kalau 1 Ramadhan jatuh pada hari isnin, Lailatulqadar ialah pada 21hb..insya Allah..dan banyak lagi kajian dia, walaupun mungkin kita hamba tidak akan tahu bila malam tu kan, tapi dia buat kesimpulan ni berdasarkan tanda-tanda malam tu…”
“oo..hmm kalau macam tu kena usaha ‘pecut’ dari sekarang la ni kan…nanti liat pula masa awal-awal fasa terakhir tu, dalam 23-25hb baru mau mula tambahkan amalan…hehe”
“ya tu la tu, dan kalau masa akhir-akhir Ramadhan tu, kadang-kadang pecutan pun mula kurang..mula sibuk dengan persiapan raya…huhu”
“ya..orang lain sibuk dengan ibadah,kita sibuk dengan kuih dan biskut raya, siapkan baju raya lagi…hmmm..”
Perbualan dengan sahabat saya beberapa hari yang lalu. Tiba-tiba tersedar bahawa kini kita sudah berada di pertengahan ramadhan..hanya tinggal 15 hari sahaja lagi untuk berusaha merebut pahala berganda yang ditawarkan…
Allah, bantulah kami untuk mengingatiMu, dan mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki ibadah kepadaMU…
Teringat kenangan ramadhan lepas, ketika semua orang pecut menambahkan amalan dan ibadah di sepuluh malam terakhir,ada pula atau mungkin ramai pula insan-insan yang pecut menyiapkan biskut dan kuih raya, menjahit baju dan langsir dan sibuk dengan urusan persiapan raya. Saya tidak terkecuali,..masih segar dalam ingatan, malam 27 ramadhan , terperuk di dalam dapur membuat jem untuk tart nenas..hanya mampu berzikir sambil menjaga jem yang berada di kuali, dengan harapan tercatat jua walau sedikit amalan pada malam itu..huhu..sahabat sekalian pula bagaimana?
Sebelum terlambat, mari kita berusaha mempersiapkan segala persiapan raya sebelum tibanya hari-hari terakhir ramadhan…untuk sahabat-sahabat wanita, jom mula buat biskut raya atau kalau ada yang menjahit baju, menjahit manik, siapkan segera sebelum fasa terakhir tiba.. moga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi, dan moga di saat-saat terakhir ramadhan nanti kita masih bisa mengekalkan dan mampu menambahkan amal ibadat untuk misi pencarian malam al-qadar…dan mencapai darjat takwa di akhir akademi ramadhan ini nanti.. insya Allah



p/s: oh ya, maaf sangat sebab lama tidak menuliskan sesuatu di sini, banyak yang ingin ditulis, tapi amat kekurangan masa..

p/s/s : Apa khabar target ramadhan sahabat sekalian? harap berjalan lancar..salam mujahadah!!

seeru ala barakatillah..!!


No comments:

Post a Comment

(Thanks for dropping by!! ^_^)