Sunday, 17 April 2011

secoret madah buat hati



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt
Apa khabar duhai hati?
masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk di pucuk-pucuk daun..
Masihkah ia seperti karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian..
Apa khabar iman?
Masihkah ia seperti bintang?
terang benderang menerangi kehidupan..
Apa khabar temanku?
Di mana pun engkau berada, ku doakan Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga
serta memberi kesihatan kepadamu hari ini, esok dan selamanya..


Diriwayatkan, pada suatu ketika datang seseorang kepada sahabat bernama Ibnu Mas'ud meminta nasihat. Katanya: "Wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat aku jadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini, aku tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tidak enak, tidur tidak nyenyak."


Maka Ibnu Mas'ud berkata: "Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, iaitu ke tempat orang membaca al-Quran, engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya; atau engkau pergi ke pengajian yang mengingatkan hati kepada Allah; atau engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau bersunyi-sunyi menyembah Allah, umpama pada waktu tengah malam buta, pada saat orang sedang nyenyak tidur, engkau bangun mengerjakan solat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati.“Seandainya jiwamu belum juga terubat dengan cara ini, engkau minta kepada Allah agar diberi-Nya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu bukan lagi hatimu."


Setelah orang itu kembali ke rumahnya, diamalkannya nasihat Ibnu Mas'ud itu. Dia pergi mengambil wuduk dan kemudian diambilnya al-Quran, terus dibaca dengan hati khusyuk.


Selesai membaca al-Quran, berubahlah kembali jiwanya, menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang, kegelisahannya hilang sama sekali.




waAllahua'lam.



1 comment:

(Thanks for dropping by!! ^_^)