Sunday, 12 June 2011

Selamat!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..


Dalam bulan ini, pelbagai peristiwa telah berlaku dan akan berlaku..peristiwa yang paling banyak adalah perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.=)
Untuk sahabat-sahabat yang melangsungkan perkahwninan, selamat pengantin baru dan semoga Allah memberkati dan melimpahkan keberkatan kepada kalian dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan...


Dan, ada juga yang menyambut ulangtahun kelahiran, selamat hari ulangtahun kelahiran saya ucapkan, terutama buat kakak ipar saya, dan beberapa sahabat saya...dan hari ini pun adalah hari lahir seorang sahabat..selamat hari lahir..semoga Allah memberkati usiamu..=)


Tidak lupa juga ucapan selamat maju jaya dan selamat menduduki peperiksaan buat sahabat-sahabat yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi..semoga dipermudahkan dalam menjawab soalan nanti..=)


dan, juga buat guru-guru yang akan kembali mengajar mulai hari esok, selamat mengajar dan murid-murid yang akan kembali ke sekolah, selamat meneruskan pembelajaran!^_^


kepada semua, selamat meneruskan kehidupan, dan semoga kita terus menerus dalam penjagaan dan redha Allah, dan moga semua urusan kita dipermudahkanNYA...aminn..=)



No comments:

Post a Comment

(Thanks for dropping by!! ^_^)