Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Sunday, 9 October 2011

Iktibar dari sebatang pensel..


Bismillahirrahmanirrahim ..

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang Mengarang.
"Apa ibu sedang tulis? Ibu Mengarang tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu Mengarang tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensil ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" Tanya si anak.
"Ibu Berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensil, ada lima nilai yg boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"
"Ya, ibu."

Wednesday, 21 September 2011

Failure...

Bismillahirrahmanirrahim


Failure doesn’t mean you are a failure,
It means you have not succeeded..
Failure doesn’t mean you accomplished nothing,
It means you have learned something..
Failure doesn’t mean you have been a fool,
It means you have a lot of faith..
Failure failure doesn’t mean you have been disgraced.
It means you willing to try..
Failure doesn’t mean you don’t have it.
It means you have to do something in different way..
Failure doesn’t mean you are inferior,
It means you are not perfect..
Failure doesn’t mean you’ve wasted your life,
It means you have a reason to start afresh..
Failure doesn’t mean you should give up,
It means you must try harder..
Failure doesn’t mean you never make it,
It means it will take a little longer..
Failure doesn’t mean Allah has abandoned you,
It means Allah has a better way for you…

~~Our Lord! Grant us good in this world and good in the Hereafter and save us from the torment of the fire! aamiin...~~



Wednesday, 7 September 2011

Eh, 9 syawal sudah?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualiakum wbt..

Eh, 9 syawal sudah?? Maaf sangat sebab lama tidak update..blog pun bercuti… J
Teman-teman yang dikasihi Allah, apa khabar diri? apa khabar iman? harap belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.. dan saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap selama anda mengenali saya ataupun blog saya ataupun tulip_ungu..
Duka dalam gembira

Friday, 19 August 2011

tired or lazy??

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

How can you tell that you’re physically tired vs. simply being lazy?
It’s easy for our laziness to be masked as physical tiredness. We would stand at taraweeh and our legs would be shaking or reciting Quran and our eyelids would be drooping, but the moment we go out of the mosque or close the Quran, suddenly we’re feeling very energetic! We’ve to be careful of this and catch ourselves and rebuke it when we find out that we’re not tired but simply being lazy.

Try to find the root cause for this laziness; is it lack of sincerity? Low eman? A sin you’ve committed that’s preventing you from enjoying the good deed? Make dua that Allah (Subhanahu Wa Ta’ala) removes such laziness from you, honestly you don’t want it to ruin your Ramadan. However, if your body is genuinely aching and you haven’t slept properly for days, then you’re physically tired and should get some urgent rest.

Thursday, 28 July 2011

3 hari lagi!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..


Apa khabar sahabat saya sekalian? Moga semuanya tetap baik dalam jagaan Allah..
 
Alhamdulillah, seisi dunia kini meraikan ketibaan ramadhan.. ada sahabat yang berkongsi video inspirasi ramadhan, ada yang tuju lagu ramadhan, ada yang buat entri di blog dan nota di facebook pasal ramadhan, kongsi artikel dan kisah ramadhan, dan ada juga yang mula mencari resepi-resepi yang bakal disajikan pada bulan ramadhan nanti..=) Alhamdulillah, moga-moga semua itu menaikkan lagi semangat dan kerinduan kita untuk melakukan ibadah yang terbaik untuk ramadhan tahun ini.. ya Allah, sampaikanlah kami kedalam bulan Ramadhan ini...='')

Friday, 22 July 2011

bersyukurlah!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat tulip ungu sekalian? Doa saya moga kalian semua tetap dalam jagaan Allah, sihat tubuh badan dan baik-baik selalu..bagaimana pula dengan sang iman? Sudahkah ia mendapat makanannya hari ini? Moga ia tidak dibiarkan kelaparan menanti meskipun ‘sesuap’ makanan.. jangan biarkan ia kebuluran sehingga mungkin menyebabkan kematiannya…

Hmm, agak lama saya tidak mencoret sepatah dua kata dari hati.. dan lama juga saya seolah menghilangkan diri.. sehingga ada sahabat mencari saya lewat facebook, ym dan juga handphone.. terima kasih sahabat-sahabat.. saya baik-baik sahaja,  Alhamdulillah.. Cuma kehilangan saya hanyalah untuk memberi ruang pada diri dalam proses koreksi diri..mencari hala tuju haluan hidup..

Sunday, 10 July 2011

Life is like baking a cake

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


A little boy is telling his Grandma how "everything" is going wrong. School, family problems, health problems, problems with friends, etc.

Meanwhile, Grandma is baking a cake. She asks her grandson if he would like a snack, which, of course, he does.

"Here, have some cooking oil." *"Yuck" says the boy.
"How about a couple raw eggs? " "Gross, Grandma!"
"Would you like some flour then? Or maybe baking soda?"

"Grandma, those are all yucky!"

Saturday, 2 July 2011

Agar hati bisa menangis

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..

Mengapa hati membatu?

Ibnu al-Qayyim rahimahullah mengatakan dalam kitabnya Bada’i al-Fawa’id [3/743],
Tatkala mata telah mengalami kekeringan disebabkan tidak pernah menangis karena takut kepada Allah ta’ala, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya keringnya mata itu adalah bersumber dari kerasnya hati. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati yang keras.

Nabi s.a.w pun berdoa kepada Allah agar terlindung dari hati yang tidak khusyu’, sebagaimana terdapat dalam hadits,
Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari hawa nafsu yang tidak pernah merasa kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.” (HR. Muslim [2722]).

Diriwayatkan dari Uqbah bin Amir radhiyallahu’anhu, dia berkata,
“Wahai Rasulullah, apakah keselamatan itu? Apakah keselamatan itu?” 

secupak jadi segantang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt



Kisah dua orang pemuda
Pada suatu ketika dahulu, ada dua orang pemuda pergi mengembara dan berkhemah di sebuah gunung. Lama kelamaan, bekal yang mereka bawa semakin berkurangan. Akhirnya salah seorang daripada mereka iaitu Ahmad menyatakan ingin keluar dari tempat perkhemahan mereka untuk mencari rezeki.
Tetapi, seorang lagi pemuda itu iaitu Ali tidak menyetujui rancangan sahabatnya itu dan mengatakan akan cuba berdoa pada Allah untuk mendatangkan rezeki bagi mereka. Si Ahmad tertawa, 
"mana mungkin rezeki datang cuma dengan berdoa? Kita harus tetap berusaha agar mendapatkan rezeki", kata Ahmad dengan yakinnya.

Friday, 1 July 2011

a complaint letter


To : Bill Gates, Microsoft
From : Banta Singh of Punjab
Date : 1 April 2009

Subject: Problems with my new computer.
Dear Mr. Bill Gates,
We have bought a computer for our home and we have found some problems, which I want to bring to your notice..

Wednesday, 29 June 2011

barakallahulakum..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah, saat yang dinanti telah tiba..
Saat yang sangat mendebarkan akhirnya dilalui jua..
Syukur kepada Allah kerana mempermudahkan segalanya..
dan kini, status sudah bertukar menjadi berdua..
Alhamdulillah,
Alhamdulillah
dan Alhamdulillah...

Jawatan kosong!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..


(^__^)V

Friday, 24 June 2011

masalah!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


Diceritakan bahawa seorang lelaki menghadapi pelbagai masalah yang sangat berat. Hatinya runsing, fikirannya kacau bilau memikirkan jalan penyelesaian yang tak kunjung datang. Pintu-pintu harapan bagaikan tertutup rapat, tidak tahu arah mana hendak dituju, kepada siapa hendak mengadu?

Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang hakeem (orang bijak pandai), mudah-mudahan dia dapat memberi nasihat berguna dan menunjukkan jalan penyelesaian kepadanya.

Setelah bertemu dengan hakeem tersebut, dia berkata:
Wahai Hakeem, sesungguhnya aku datang kepadamu untuk mengadu masalah yang aku hadapi, yang membuat aku sangat tertekan, tidak ku temui jalan penyelesaiannya. Maka bantulah aku!

Sunday, 19 June 2011

tidak menunggu sempurna

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Bila ada manusia mengajak kepada kebaikan, kadangkala dia akan berhadapan dengan sindiran dan caci maki orang ramai. Tambah memburukkan, sindiran dan caci maki itu melemahkan kekuatan hati untuk terus menyebarkan kebaikan. 
Antara kata-kata yang biasa kita dengar adalah:
Ala, belajar pun tak habis lagi nak dakwah-dakwah”
“Diri pun tak berapa betul, nak ajak orang pada kebaikan”
“Ni dah hafal Al-Quran sepenuhnya ke, nak ajak-ajak orang buat baik ni?”
“Kau dah sempurna sangat ke?
Dan begitulah antara ayat yang keluar, melemahkan semangat mereka yang ingin mengajak kepada Allah SWT. Kadangkala, alasan-alasan seperti itu, yakni alasan tak sempurna, belum cukup bersedia, ilmu masih tak banyak, dosa masih ada yang tak boleh tinggal, digunakan oleh kita sendiri sebagai jalan keluar untuk tidak bergerak menyebarkan kebaikan.
Adakah benar, hendak mengajak kepada kebaikan, diri kita perlu sempurna dahulu?

Saturday, 18 June 2011

Demi waktu DhuhaMU...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt




اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .

Wednesday, 15 June 2011

Bangkitlah dari kegagalan



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt



SIAPA yang tidak pernah gagal dalam kehidupan? Justeru kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan. Mereka yang pernah berjaya, sebenarnya pernah gagal, tetapi mereka boleh berjaya kerana mereka bangkit dari kegagalan. Mereka miliki ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk berusaha maju.

Anda tentu pernah mendengar nama Thomas Alva Edison, ‘Tukang Sihir dari Menlo Park’ (The Wizard of Menlo Park). Seorang pencipta hebat yang dibuang sekolah, tetapi diakhir hidupnya berjaya membuat paten lebih 1,000 penemuannya. Seorang yang genius menemui formula menghidupkan mentol. Beliau mendefinasikan kecerdikan sebagai satu peratus inspirasi dan sembilan puluh sembilan peratus lagi adalah usaha. Kita semua mengenali Edison dan apakah sumbangannya dan ada banyak lagi kisah menarik sepanjang hidup Edison, seperti sikapnya dalam menghadapi kerugian perniagaan.

Saat beliau mahu membiayai beberapa projek barunya, Edison memutuskan untuk menjual sahamnya di General Electric iaitu perusahaan yang didirikan sebelumnya. Namun, projek barunya kurang berjaya dan tidak mampu bersaing dengan perusahaan lain yang lebih kukuh keadaan kewangan mereka. Projek-projek itu akhirnya gagal dan tidak boleh diteruskan lagi. Setahun kemudian seseorang memberitahunya bahawa nilai saham perusahaan yang dijual iaitu General Electric, naik mendadak di pasaran. Edison tidak menyesalinya malah dia tidak berkata, “Kalau saya tidak menjualnya” atau “Kalaulah saya masih memiliki saham-saham itu.” Dia hanya memberi reaksi dari maklumat itu dengan kata-kata santai 


“Well, it’s all gone, but we had a hell of a good time spending it.”

Dia berkata “We had a hell of a good time spending it ..”, sedangkan wang hasil penjualan saham itu habis dikeluarkan untuk membiayai projek yang akhirnya gagal. Dia sama sekali tidak bersedih atau berputus asa. 

Sunday, 12 June 2011

Selamat!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..


Dalam bulan ini, pelbagai peristiwa telah berlaku dan akan berlaku..peristiwa yang paling banyak adalah perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.=)
Untuk sahabat-sahabat yang melangsungkan perkahwninan, selamat pengantin baru dan semoga Allah memberkati dan melimpahkan keberkatan kepada kalian dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan...


Dan, ada juga yang menyambut ulangtahun kelahiran, selamat hari ulangtahun kelahiran saya ucapkan, terutama buat kakak ipar saya, dan beberapa sahabat saya...dan hari ini pun adalah hari lahir seorang sahabat..selamat hari lahir..semoga Allah memberkati usiamu..=)

Saturday, 11 June 2011

racun halus


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, petang semalam saya berpeluang menonton rancangan Al-Kuliyyah yang disiarkan di tv3, yang bertajuk Racun Halus..Ustaz jemputan adalah ustaz Sharhan Shafie.., pengasas Pusat rawatan Zamdurrani.

Racun Halus
Racun halus yang dimaksudkan adalah ilmu sihir seperti santau dan sebagainya. Ianya dilakukan dengan bantuan jin, seperti mana firman Allah
“Dan bahawasannya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan… (QS. Al-Jin : 6)
Meminta keselamatan dari jin untuk mencelakai orang lain atau untuk menolong orang lain, meminta pertolongan kepadanya untuk menjaga diri dari kejahatan orang lain yang dengki kepadanya, kesemuanya adalah perbuatan syirik.

Thursday, 2 June 2011

berubah-ubah niat




Seorang pemanjat kelapa sedang berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, rebut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang berjuntai.

Keadaannya seperti telur dihujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh. Jika selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin.”

Sejurus kemudian, tangannya dapat beraut kembali pada badan pokok.

Namun rebut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik dari sebelumnya, tetapi dia masih lagi belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “ Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin.”

berdoalah!



Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya


Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
DIA.....DIA