Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Ceritera. Show all posts

Tuesday, 10 January 2012

Aku seorang coklat..


Siapa aku?

Laa, kan dah tulis kat tajuk tu.. Aku ni seorang coklat je. Produk tempatan. Tapi bukan sebarangan coklat, bukan sebarangan jenama. Jadi boleh agak la betapa bagusnya aku, dan betapa cantiknya bentuk badan aku diperbuat. Pendekata, memang seangkatan dengan Ferrero Rocher, Toblerone dan sebagainya.

Friday, 1 July 2011

a complaint letter


To : Bill Gates, Microsoft
From : Banta Singh of Punjab
Date : 1 April 2009

Subject: Problems with my new computer.
Dear Mr. Bill Gates,
We have bought a computer for our home and we have found some problems, which I want to bring to your notice..

Tuesday, 7 June 2011

Nora elena..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Kebelakangan ni saya selalu tengok wall post rakan-rakan di facebook mengenai sebuah drama yang sedang disiarkan di tv3..Nora Elena..banyak betul orang puji-puji Seth Tan tu kan.. Dalam banyak-banyak post dan komen orang tentang cerita yang diadaptasikan dari novel ni, saya paling tertarik dengan apa yang dikongsikan oleh salah seorang kawan saya ni..
Dia cakap, :
Nah, ni dialog versi Seth Tan n Nora masa diorang belum nikah lg.
gambar hiasan =)
Renung-renungkan! =)

Thursday, 2 June 2011

berubah-ubah niat




Seorang pemanjat kelapa sedang berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, rebut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang berjuntai.

Keadaannya seperti telur dihujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh. Jika selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin.”

Sejurus kemudian, tangannya dapat beraut kembali pada badan pokok.

Namun rebut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik dari sebelumnya, tetapi dia masih lagi belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “ Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin.”

Wednesday, 30 March 2011

hidayah itu milik Allah...

Bismillahirrahmanirrahim


Humaira menutup pintu sliding kaca yang memisahkan ruang bilik kecil tempat dia dan teman-temannya itu dari ruang laluan ke dapur dan tandas. Ruang laluan itulah juga yang digunakannya untuk menunaikan kewajipannya menemui Penciptanya. Kebiasaannya, selepas pintu itu ditutup, bunyi radio yang berkumandang di ruang mereka duduk itu tidak lagi kedengaran, tapi kali ini, dia tidak perasan yang pintu itu tidak tertutup rapat. Dia dapat mendengar sayup-sayup bunyi itu.


Selepas mengambil wudhuk, Humaira membentangkan sejadahnya. Bersedia untuk bertemu dengan kekasihnya itu. 
"Allah, bantulah aku untuk mencintaiMU..", rintih hati Humaira yang mengharap kasih Tuhannya.

Saturday, 19 March 2011

C.I.N.T.A kita sampai di sini..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.. sedikit cerita komik untuk tatapan smua.. Let picture speak louder than words! =)