Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..
Apa khabar sahabat saya sekalian? Moga semuanya tetap baik dalam jagaan Allah..
Alhamdulillah, seisi dunia kini meraikan ketibaan ramadhan.. ada sahabat yang berkongsi video inspirasi ramadhan, ada yang tuju lagu ramadhan, ada yang buat entri di blog dan nota di facebook pasal ramadhan, kongsi artikel dan kisah ramadhan, dan ada juga yang mula mencari resepi-resepi yang bakal disajikan pada bulan ramadhan nanti..=) Alhamdulillah, moga-moga semua itu menaikkan lagi semangat dan kerinduan kita untuk melakukan ibadah yang terbaik untuk ramadhan tahun ini.. ya Allah, sampaikanlah kami kedalam bulan Ramadhan ini...='')
kali ini saya cuma ingin mengajak sahabat sekalian khasnya diri saya untuk mengimbas kembali perjalanan dan pencapaian ramadhan kita sebelum ini..
Jom kita jawab soalan-soalan ini dalam hati masing-masing..
sepanjang bulan ramadhan tahun lepas (2010)
1. berapa kerapkah anda bangun sahur
2. berapa kerapkah anda bangun sahur dan kemudian anda menunaikan solat
sunat tahajud
3. berapa helai bacaan al-Quran anda setiap hari?
4. berapa juzuk anda sempat habiskan sepanjang bulan ramadhan?
5. berapa kerap anda bersembahyang terawih
6. berapa kerap anda bersedekah?
7. adakah anda meningkatkan kualiti ibadah sepanjang 10 malam terakhir ramadhan?
8. apakah amalan-amalan sunat lain yang anda lakukan?
soalan tamat. Hanya diri kita sendiri tahu sejauh mana pencapaian kita dalam bulan ramadhan tahun lepas.. mungkin, jauh di sudut hati kita, terasa ingin kembali ke masa itu dan cuba memperbaiki.. hakikatnya kita tidak akan mampu untuk ke masa lalu, tetapi kita masih ada hari esok, untuk kita melakukan yang lebih baik.. moga peluang itu masih ada.. dan moga tahun ini kita sama-sama dapat memperoleh darjat takwa natijah daripada Ramadhan...aminn ya Rabb..
jadi, mari kita mula merancang sebanyak-banyak ruang dan peluang untuk kita menempah pahala di bulan barakah ini!!!
Seeru ala barakatillah..
No comments:
Post a Comment
(Thanks for dropping by!! ^_^)