Assalamualaikum wbt
CERITA TENTANG KATAK KECIL
Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta.
Maka perlumbaan pun dimulai.
Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan bisa mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu sulitttt!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak ada kesempatan untuk berhasil. Menaranya terlalu tinggi!
Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak, “Terlalu sulit!!! Tak seorangpun akan berhasil!”
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.
Tapi ada SEEKOR KATAK sahaja yang melanjutkan pandakiannya hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia belum menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini bisa melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK. Dia tidak bisa mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya. Katak itu, percaya dan yakin pada visinya: menggapai puncak tertinggi dengan tidak mendengarkan segala hal negatif!
BELAJAR DARI KATAK PEKAK
Apakah ibrah, hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah sang katak yang pekak ini?
Ya, Kecacatan yang membawa kepada kesempurnaan! Sang katak yang pekak akhirnya berjaya menawan menara itu ketika katak-katak lain berputus asa kerana mendengar kata-kata peluntur semangat dari penonton yang hadir.
Begitulah juga dengan kehidupan kita. Kadang-kadang kita akan berdepan dengan orang-orang yang akan meruntuhkan semangat kita, yang mempunyai kecenderungan negatif dan akhirnya mereka akan melenyapkan segala mimpi kita. Belajarlah dari sang katak yang pekak, untuk kita cuba memekakkan telinga ketika orang mengatakan kita tidak boleh.
kerana kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri kita.
Cuba kita hayati bait-bait lagu yang pernah popular suatu ketika dulu..
Jika kau fikirkan kau boleh
kau hampir boleh melakukan
jika kau fikirkan ragu-ragu
usahamu tidak menentu
jika kau fikirkan kekalahan
kau hampiri kegagalan
jika kau fikirkan kemenangan
kau hampiri kejayaan
engkaulah apa kau fikirkan
terkandung dalam pemikiran
berfikir boleh melakukan
fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Hukum Tarikan (Law of Attraction)
Engkaulah apa kau fikirkan. Itulah dia hukum tarikan. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Barangkali sesetengah orang mungkin berfikir bahawa ‘Aku bukan manusia yang mempunyai otak sepintar Albert Einstein.’ Atau ‘Aku tidak akan mampu menjadi sekaya Bill Gates.’ Atau ‘Akulah manusia yang selalu terlepas peluang keemasan.’ Atau juga ‘Aku orang yang biasa-biasa saja.’ Dan segala bentuk pemikiran negatif yang lain.
Lantas kata-kata itu sentiasa diulangi dalam 24 jam sehari semalam. Tanpa disedari, pemikiran negatif tersebut telah menjadi satu ritual dalam kehidupan.
EFEK PEMIKIRAN NEGATIF
Setiap pemikiran negatif akan mempengaruhi kehidupan seseorang individu untuk menjadi lebih negatif. Lihat contoh ini: (-1) + (-1) = -2. Bukankah?! Semakin besar input negatif yang ditanamkan dalam fikiran, semakin besar output negatif yang terhasil.
Bayangkan kemudian pemikiran negatif tersebut dihimpunkan kepada seminggu, sebulan, setahun dan seterusnya. Hasilnya adalah sebuah tsunami pemikiran negatif yang merosakkan dan melukakan diri sendiri.
Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, tetapi manusia yang menzalimi dirinya sendiri.” – Al-Qur’an; Surah Yunus (10), ayat 44.
Oleh yang demikian, buangkan segala pemikiran negatif, sebaliknya kutip dan himpunkan pemikiran positif!
THE SECRET OF THE LAW OF ATTRACTION
Alam semesta tidak pernah melukai dan merosakkan manusia. Sebaliknya manusia itu sendiri yang melakukan kerosakan ke atas dirinya sendiri. Inilah salah satu rahsia penting yang hendak disampaikan oleh Rhonda Byrne melalui novel fenomenanya, The Secret.
Menurut Rhonda Byrne: “Seperti semua hukum alam, ada kesempurnaan dalam hukum ini. Anda menciptakan kehidupan dengan pemikiran-pemikiran anda. Kerana anda selalu berfikir dan anda selalu mencipta. Tetapi apa yang anda fokus, maka itulah yang akan muncul dalam kehidupan anda.”
Bandingkan pula dengan hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Aku akan mengikut prasangka hambaKu dan Aku akan sentiasa menyertainya apabila mereka berdoa kepadaKu.”
Prasangka adalah salah satu daya fikiran manusia. Jika sekiranya seseorang itu berfikir yang baik-baik, maka Allah akan mengikut prasangka hambaNya itu dan Dia akan mewujudkan prasangka baiknya itu dalam kehidupannya. Demikian pula, saat seseorang itu memikirkan hal yang buruk-buruk, maka Allah pun akan mengikut hambaNya itu dan Dia akan mewujudkan prasangka buruk itu dalam kehidupannya. Inilah inti pati daripada pesan Nabi Muhammad SAW tersebut.
Inilah dia The Secret of the Law of Attraction yang ingin disampaikan kepada kita! Bukan oleh Rhonda Byrne, tetapi oleh Allah SWT Yang Maha Menciptakan.
Kesimpulannya, janganlah kita mengungkapkan kata-kata negatif atau mendengarkan kata-kata negatif yang hanya akan memusnahkan impian dan semangat kita. Selalulah berfikir kata-kata yang baik untuk diri, dan apa yang kita fikir akan terlahir menjadi perbuatan dan perbuatan yang sering dilakukan akan menjadi tabiat dan sikap kita, dan akhirnya menjadi sebahagian dari diri kita. Selalulah berfikir positif dan berdoa. Dan yang penting, bersikap pekak jika ada orang mengatakan kita tidak mampu mencapai apa yang kita impikan. Yakin anda mampu melakukannya dan insya Allah semuanya akan baik-baik sahaja.
selamat berjuang sahabat!!!
No comments:
Post a Comment
(Thanks for dropping by!! ^_^)