Assalamualaikum wbt..
10.10.2011..,
genap setahun kini aku dan sahabat-sahabat bergelar graduan.. Setelah setahun berlalu, ada sahabat yang kini menyambung belajar, ada yang sudah kerja, dan ada yang masih bergelandangan seperti aku, masih mencari-cari..hehe..apapun, semoga sahabat-sahabatku sekalian terus bersemangat untuk mencapai cita-cita dan impian masing-masing (hehe ayat skema tiba-tiba)..
kepada sahabatku tulip-tulip sekalian, aku doakan moga kalian terus bertabah untuk meneruskan perjuangan.. Buat tulip biru, tulip hijau, tulip oren a.k.a al-fatihin fatteh dan ninie ..kuatkan semangat untuk menghabiskan projek master kalian ya! Bila sudah melangkah, jangan berhenti dan menoleh ke belakang..teruskan hingga ke penghujungnya..moga segalanya dipermudahkan buat kalian...
Buat tulip putih yang jauh, jadi cikgu yang baik dan solehah ye cikgu! begitu juga dengan A.A yang sibuk membuat bihun, hehe, teruskan gigih berusaha sahabatku!
Buat satu-satunya puan dan ummi, Al-Itmi'nan, moga terus jadi isteri dan umi yang mithali dan solehah..kirim salam peluk cium dari ammah yang jauh ni untuk si bunga pejuang itu ya..
Buat sahabatku LSN yang semakin jauh dariku, moga hidayah Allah terus bersamamu..sentiasa menanti berita baik dari kamu..sayang kamu...huhu
dan buat sahabat-sahabat, teman-teman, kawan-kawan yang juga telah bergraduat pada tarikh yang sama tahun lepas, atau yang baru sahaja bergraduat atau yang akan bergraduat tidak lama lagi, saya doakan moga anda juga terus bertabah mencari dan merealisasikan apa yang anda inginkan dalam kehidupan kita yang seketika cuma ini...dan yang paling penting, moga kalian terus tetap dalam jagaan dan redha Allah...
ok masa untuk mengimbas kenangan....hadiah buat sahabat-sahabatku yang jauh...
selamat maju jaya semua!! ^_^
"ya Allah, berikanlah kebaikan kepada kami di dunia, dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari azab neraka.." aamiinn..
huhu.ieda! suka2!!!!
ReplyDeletetahniah ida.. happy anniversary.. semoga kalian semua sentiasa di bawah redha Ilahi... :)
ReplyDeletesuka2..huhu happy anniversary jg ida...smoga dipermudahkan urusan selepas ni n sntiasa dlm rahmat n redha Allah..amin...huhu mau gmbr2 tym kita berabis d cais n lain2..hehe
ReplyDeleteTulip Biru: yeah kmk pn suka!hihi
ReplyDeleteGadis Kancil Merah: syukran farah..selamat berjuang sahabatku! :)
Ar-Rasyiqah: amiin..bah insyaAllah,nnt sy bg di emel k, n mo minta jg gambar dari kemre ko hari tu..nnt edit n lekat2 cni..hehe
ieda...hape anniversary...nak jugak gambar tu..
ReplyDelete