Assalamualaikum wbt..
Alhmadulillah. Alhamdulillah dan Alhamdulillah. Setelah memecah rekod meninggalkan blog ini selama lebih 2 bulan, kini diizinkan untuk menulis dan mencatatkan sesuatu untuk saya dan anda.. :)) terima kasih kepada sahabat-sahabat yang masih sudi berkunjung ke blog ini walaupun tuannya agak lama menghilang..
Apa khabar sahabatku semua? Moga Allah tetap memberi kesihatan untuk kita menambahkan dan melipatgandakan amalan dan bekalan untuk dibawa ke sana... bagaimana dengan tahun baru? pastinya setiap kita ada azam baru atau azam yang terpaksa direnew kan..hehe..apapun, moga tahun dan hari-hari akan datang lebih baik dari sebelum ini..amiin..
sedikit kata-kata saya untuk saya dan anda di tahun baru, dan juga sempena blog saya yang sudah berwajah baru.., ^^,
Jika bukan kerana doa semalam,
kita tidak akan berada di sini hari ini,
dan kita tidak akan dapat apa yang kita kecapi hari ini..
bersyukurlah..
setiap apa yang berlaku pada kita,
pastinya itulah yang terbaik untuk kita
adakalanya hidup kita diberikan kegembiraan
dan pastinya jua akan datang kesedihan
semuanya itu sebenarnya adalah ujian..
untuk Allah mengetahui sejauh mana kita beriman..
yakinlah!
bahawa setiap yang berlaku itu, adalah memang tertulis untuk kita
semua itu adalah untuk membuat kita lebih kuat
dan lebih menghargai setiap apa yang Allah beri pada kita..
'don't compare your life with others, because you never know what their journey is all about',
begitulah kata-kata sahabat saya..
ya, setiap kita mempunyai wajah yang berbeza-beza
dan cerita hidup yang berbeza-beza
begitulah juga ujian dan rezeki yang tertulis untuk kita
yang pastinya, Allah tidak akan pernah meninggalkan dan membiarkan kita..
maka bersyukurlah
kerana kita masih di sini
masih berpeluang untuk menghargai apa yang kita miliki
dan mencari apa yang diimpi
dan pastinya setiap tindakan kita, moga diiringi redha Illahi
ya Allah, berkatilah kami
hanya padaMU kami menyembah, hanya padaMU kami berserah
maka dengan itu,
bermula dengan bismillah
mari kita mulakan langkah
menuju cita-cita bersama redha Allah
selamat berjuang dan meneruskan perjuangan sahabatku fillah
seeru ala barakatillah...!!!!
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
''Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakkal" (Surah Al-Imran:159)
No comments:
Post a Comment
(Thanks for dropping by!! ^_^)