Tuesday 10 January 2012

Aku seorang coklat..


Siapa aku?

Laa, kan dah tulis kat tajuk tu.. Aku ni seorang coklat je. Produk tempatan. Tapi bukan sebarangan coklat, bukan sebarangan jenama. Jadi boleh agak la betapa bagusnya aku, dan betapa cantiknya bentuk badan aku diperbuat. Pendekata, memang seangkatan dengan Ferrero Rocher, Toblerone dan sebagainya.


Dipendekkan cerita.. betapa bagusnya aku, betapa cantiknya aku, aku cuma seorang coklat. Aku dicipta, aku ada tuan. Dialah yang jadikan aku secantik ni, sesedap ni (macam lah aku penah rasa diri sendiri). Jadi aku bersyukur sangat sebab tuan aku buat dari awal sampai lah ke peringkat pembungkusan, dengan sangat baik!

aku coklat istimewa J
sumber:google
Sesuai dengan 'ke-ekslusif-an' aku, aku dibungkus dengan sangat cantik - bungkusannya tebal, besar, nampak istimewa. Kat mana-mana saja aku dijual, semua orang memerhatikan aku. Mereka nampak kagum dan tertarik untuk membeli aku. Alhamdulillah, mereka kata 'packaging' aku memang sesuai dengan rasa aku - sedap! Berbaloi-baloi walaupun harga agak mahal. Wah, bangganya rasa hati aku.. hehe.

Suatu hari, aku dibawa ke satu tapak ekspo ke luar negara. Untuk mempromosikan produk tempatan di sana. Seronok sangat sebab kami tak payah pakai pasport! Wawawa. Kat sana banyak betul gerai-gerai, jual macam-macam benda. Tapi ikut 'zoning' la. Produk-produk elektonik ada di kawasan mereka. Yang jenis makanan, ada kawasan masing-masing.

Aku yang tergolong dalam kategori produk IKS ni, ditempatkan kat satu kawasan. Yang mana jual coklat, gerai mereka diletakkan sederet! 

sumber: google 
Jadi, nampak hebat betul - memanjang gerai coklat. Wah!! 'Excited' sungguh sebab tu pertama kali aku 'join' 'perhimpunan coklat-coklat' macam ini. Dapat jumpa ramai kawan baru. Dari Kelantan ada, Ganu ada, Kedah pun dok ada. Tapi kami hanya borak bisik-bisik saja lah, takut pengunjung dengar.. haha. Dah lah tak boleh nak bergerak. Nanti lagi la pengunjung terkejut!

Seperti yang ku jangka terjadi, ramai kawan-kawan secoklat aku puji - aku cantik. Dan pengunjung pun nampaknya tertarik dengan aku, berbanding yang lain. Wah, bersyukurnya.

Tapi, ku sangka panas sampai ke petang. Rupanya hujan di siang hari. Rupanya ada coklat yang tak puas hati dengan aku. Mereka geram sebab mereka tak laku! Owh.. bila aku lihat sekeliling, baru lah aku sedar - kami sangat berbeza. Patut lah mereka tak puas hati..

Ada coklat yang terdedah saja. Jarang nampak orang beli. Ada coklat yang bungkusan dia sangat 'simple'. Ada bungkusan yang nipis, kecil pun ada.

Jadi aku pun ambil peluang borak-borak dengan mereka. Coklat A cakap, dia geram betul dengan tuan dia sebab tak ditutup. Terdedah macam tu saja. Dia kata, kalau nak diikutkan, dia nak sangat dibungkus cantik dan istimewa macam aku. Tapi apakan daya, dia cuma seorang coklat.

google juga :)  sedapnya..
Yang lain pun cakap benda yang sama. Mereka benci sangat dibungkus ala kadar macam tu. Nanti orang ingat dia coklat murah, tak menarik, tak istimewa. Padahal orang belum pun rasa lagi. Mereka kata, nak sangat dibungkus seistimewa aku. Dilayan seistimewa aku, bagaikan satu penghormatan. Tapi apakan daya, mereka cuma sekadar coklat.

Dalam hati aku, "Ya Allah, bersyukurnya aku diperlakukan sebegini rupa. Diihormati sebaik ini hanya kerana aku dilitupi dengan sangat baik dan istimewa. Dan aku sangat simpati dengan kawan-kawan sejenis aku  yang kurang bernasib baik. Namun apakan daya, kami cuma sekadar coklat.

Oleh itu, aku ingin berpesan kepada golongan manusia di luar sana. Hargailah diri anda. Kerana anda mampu melitupi tubuh anda, ikut suka anda. Terutamanya wanita, anda boleh memilih untuk pakai tudung yang ala kadar saja, yang nipis ke, yang kecil ke, yang senang pakai saja. Atau pun anda nak pilih tudung labuh sedikit, yang tebal sedikit, dan yang 'ekslusif' sedikit. Istimewakan diri anda! Semuanya ditangan anda. Bukan seperti kami, cuma sekadar coklat.. J
...coklat...

Nukilan:
Mohd. Bakheet
johor.ikram.my

2 comments:

  1. Nice...macam tu juga kan wanita...:)
    Wanita solehah ibarat mawar berduri..
    Cantik dipandang, disentuh jauh sekali..
    Kerana duri yang memagari diri,
    Hanya yang layak mampu memiliki...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. ^_^ moga Allah terus mnjaga kita..amiin :)

    ReplyDelete

(Thanks for dropping by!! ^_^)