Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.. sedikit cerita komik untuk tatapan smua.. Let picture speak louder than words! =)
Apapun pengalaman kalian, saya berdoa agar kisah kalian berakhir dengan redha Allah..
Hmm..sebenarnya apa maksud couple yang sebetulnya ya..? Di sini saya copy sedikit dari artikel di Iluvislam.com
Apa Itu Ber ‘couple’?Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang, papa-mama, hubby-ayang, dan sebagainya.
Dan bagi mereka yang kononnya bercinta islamik (huh wujudkah???) , tidak ketinggalan ada juga yang turut memanggil orang yang mereka cintai dengan gelaran-gelaran yang manja tapi dengan menukarkan gelaran itu kepada lebih islamik (huh!) seperti 'abi' 'umi' (Astaghfirullah Al-azim!!! ). Inilah panahan cinta. Syaitan cukup gembira dan senang hati apabila berjaya mengaburi setiap adam dan hawa dengan keindahan cinta, lagi-lagi kepada golongan yang kononnya membawa islam dan berjuang untuk islam, tapi sebenarnya telah tewas dek kerana nafsu sendiri.Masya Allah!
Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.
Dan bagi mereka yang bercinta secara islamik seperti komik di atas, mereka saling menyuburkan cinta masing-masing dengan saling mengingatkan tentang solat, memberi mesej tazkirah, dan memberi motivasi dan kata-kata semangat. Betapa syaitan telah sekali lagi berjaya mengaburi mata mereka. Seringkali kita dengar ungkapan-ungkapan dan alasan dari mereka..
"ala...kami bukan buat apa-apa pun..., jumpa di khalayak ramai je la, tu pun salah ke???"
"aik..??makan dan duduk bersembang pun salah??"yang islamik pula...
"ala, kami bermesej benda-benda penting je..bukan ada apa-apa pun.."
"kami bincang pasal nak kawin nanti..jangan risaulah"
Dan ada pula yang saling memendam perasaan, berhubung dan bertanya kabar, bersms, ber'ym', berfacebook, dan macam2 aktiviti sosial lain, untuk saling berhubung, tapi mereka tidak 'declare' bahawa mereka ini kapel, mereka kata mereka ini 'teman tapi mesra'.. dan sekali lagi syaitan tertawa kerana itu semua adalah alasan yang syaitan tolong ciptakan, dan hakikat yang sebenar-benarnya ialah mereka sebenarnya telah kearah zina itu sendiri! Astaghfirullah Al-azim..
Mengapa Ber’couple’ Haram?
Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.
Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca, sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!
Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Jadi macamana ni??? dah terlanjur TERjatuh cinta dan TERbercinta...apa nak buat?
sahabatku sekalian, Allah telah mengajarkan cara bagaimana untuk kita mengawal cinta dan menghasilkan pahala dari cinta yang hadir dalam hati kita..
" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )
"hah?? kahwin??kami belum bersedia.. "
"kami rancang nak kahwin 5 tahun dari sekarang la..."Mungkin ada yang beralasan seperti di atas, jadi, sekiranya kalian dan cinta kalian belum bersedia, usah dilayan cinta itu buat masa ini.., bersabarlah, berpuasalah, dan berdoalah..sepertimana pesan rasulullah S.A.W:
" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya."
"habis tu sekarang macamana? kena putus a.k.a break la ni????huhuhu"
Jawapannya ialah YA. , anda kena putus dan lupakan si cinta buat masa ini, kerana cinta kalian hanya akan membunuh..bak kata lagu cinta ini membunuhku!huh
Susah?? memang susah. Itulah namanya mujahadah. Tapi setiap usaha kita menuju redha Allah, Allah pasti akan memberi ganjaran yang tidak terhingga bukan?? YAkinlah dengan janjinya, bahawa andai benar si dia tercipta untukmu, maka pasti dialah yang akan menjadi milikmu...Dan jika bukan namanya yang tercatat di Lauh Mahfuz untukmu, maka pasti Si dia yang di nanti itulah yang PALING terbaik untukmu.. Yakin pada Allah!!
"Hmmm..jika si sang cinta pula susah nak terima perpisahan ini..?"Berikan dia lagu ini...=)
pesanan terakhir, yakinlah dengan ayat-ayat Allah bahawa..
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )
Salam Mujahadah teman!! moga Redha Allah tetap bersamamu... Amin
No comments:
Post a Comment
(Thanks for dropping by!! ^_^)