Wednesday, 23 March 2011

Khas buat Tulip_Ungu


Khas buat Tulip_Ungu
Buat sahabatku si Tulip_Ungu,
Andai kedukaan itu membuatmu gelisah,
Andai kesedihan itu membuatmu resah,
Andai kegusaran itu meletakkanmu dalam musibah,
Usahlah engkau bimbang wahai sahabatku,
Kita masih punya Allah untuk mengadu,
Kita masih punya ayat-ayat cinta dari Al-Quran untuk mengubat luka itu..
Bangkitlah dikau wahai ukhti,
Berlarilah kau di Jalan Allah,
Andainya kau tidak mampu,
Berjalanlah dengan langkah penuh keyakinan,
Andainya kau tidak mampu,
Biar kupimpin tanganmu, kita bergerak bersama
Aku tidak akan sesekali meninggalkanmu wahai Ukhti!
Sesungguhnya setiap langkahmu, nafasmu dan ucapanmu adalah demi perjuangan Islam!

~Aku rindu jiwa-jiwa yang sering mendidikku, berkongsi masalah denganku, berselisih pendapat denganku, memujukku, bergurau denganku dan meniup semangat kepadaku.. Kumohon padaMu, Kau kuatkan lah ukhwah antara jiwa-jiwa kami..kerana jiwa ini yang sentiasa menjadikan rindu padaMu tumbuh dalam perjuangan 
Islam~

Gadis Kancil Merah dan Tulip_Ungu
Sayang kamu!!!

~Gadis Kancil Merah~
merindui sahabat lama
November 2010


Nota kaki: Buat sahabatku Gadis Kancil Merah, Terima kasih kerana menerima diriku apa adanya aku...Moga dirimu baik-baik sahaja di sana..ku doakan PSM mu berjalan dengan 
lancar..moga kekuatan dan ketabahan tetap terus bersamamu..insya Allah...



1 comment:

  1. owh tulip ungu~ terima kasih sahabatku.. rindu kamu!!!! hehe~

    ReplyDelete

(Thanks for dropping by!! ^_^)