Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Merenung kembali jangka hayat dan usiaku di muka bumi ini..tinggal lebih kurang 16 hari lagi umurku akan bertambah..teringat kata- kata Ibnu mas'ud :
“Perkara yang paling aku kesalkan adalah apabila terbenamnya matahari, umurku semakin berkurang tetapi amalan ku tidak bertambah.”
Allah, betapa aku merindui saat-saat setiap detik dalam hidupku adalah untuk mncari redhaMU... setiap perjalananku, setiap langkahku adalah kernaMU, setiap masa yang ku luangkan adalah untuk membantu agamaMU.. namun kini seolah aku semakin jauh dari semua itu.. terasa kian jauh, dan terus menjauh dari semua keindahan itu..
Kini aku di sini, meneruskan kehidupan dalam keadaan berbeza dari dulu.. ya Allah, bantulah aku untuk mencintaMU.. kurniakanlah aku cintaMU, bantulah aku mncari cintaMU dan mendekatkan diri kembali padaMU.. Allah...
sempena pertambahan usiaku ini, ingin sekali memberi hadiah buat diri.. seperti yang ku lakukan tahun lepas..moga Allah mempermudahkan aku untuk menjayakan azamku ini.. aku mohon redhaMU ya Allah... amin..
No comments:
Post a Comment
(Thanks for dropping by!! ^_^)