Saturday, 11 June 2011

racun halus


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, petang semalam saya berpeluang menonton rancangan Al-Kuliyyah yang disiarkan di tv3, yang bertajuk Racun Halus..Ustaz jemputan adalah ustaz Sharhan Shafie.., pengasas Pusat rawatan Zamdurrani.

Racun Halus
Racun halus yang dimaksudkan adalah ilmu sihir seperti santau dan sebagainya. Ianya dilakukan dengan bantuan jin, seperti mana firman Allah
“Dan bahawasannya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan… (QS. Al-Jin : 6)
Meminta keselamatan dari jin untuk mencelakai orang lain atau untuk menolong orang lain, meminta pertolongan kepadanya untuk menjaga diri dari kejahatan orang lain yang dengki kepadanya, kesemuanya adalah perbuatan syirik.


Tips untuk Mencegah santau
1.    amalkan membaca surah Alfatihah. Nama lain bagi surah ini adalah pembukaan,  tujuh puji pujian, ummulkitab, ar-raqi (ruqiah=jampi)
2.   Membaca Ayat kursi
3.   Membaca surah Al-Furqan:23
 وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٍ۬ فَجَعَلۡنَـٰهُ هَبَآءً۬ مَّنثُورًا
Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.

4.   Membaca ‘" Bismillahillazii laa yadhurru ma'as mihi syaiun filardhi walaa fissamaai wahuwassamii ul'aliim" ‘ sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w Maksudnya : 
"tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang " Dengan nama Allah, yang tidak memberi sesuatu mudarat di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui"..baca tiga kali, maka tidak akan ada apa yang memudaratkannya. 
( Hadis riwayat Tirmizi )

maksudnya:Dengan nama Allah, yang tidak memberi sesuatu mudarat di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


5.   Sembahyang tahajud di waktu malam

 وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةً۬ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً۬ا مَّحۡمُودً۬ا (٧٩)
 Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. 
(surah Al-Israa;17:79)



Tanda-tanda  terkena santau

1.      Batuk yang berlarutan
2.   Batuk yang berdarah..terutama darah segar
3.   Lenguh-lenguh belakang
4.     Lenguh sendi-sendi utama
5.   Untuk wanita, haid yang tidak menentu
6.    Wanita hamil akan keguguran
7.   Nafas berbau
8.   Bawah mata akan menjadi biru (lebam) akibat tidak cukup tidur
9.   Kuku menjadi biru
10 Gatal-gatal

Petanda melalui Mimpi

1.   Mimpi dipatuk ular
2.   Mimpi jatuh dari tempat tinggi
3.   Mimpi dikejar binatang berbisa
4.   Mimpi dikejar benda tajam
5.   Mimpi budak kecil, atau bayi, bayi itu datang dan menyusu..
6.   Apabila bangun waktu pagi, badan ada kesan lebam

Setakat itu sahaja yang saya sempat catatkan..moga kita terhindar dari gangguan makhluk halus, sihir dan santau yang sememangnya wujud. Apapun, yakinlah, semua yang berlaku atas izin  Allah semata-mata, sebagaimana firman Allah:

 مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَہۡدِ قَلۡبَهُ ۥ‌ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (١١)

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 
 (surah At-Taghabun; 64:11)

Dan diriwayatkan daripada Ibn Abbas, pada suatu hari sewaktu dia berada di belakang nabi SAW, baginda bersabda:
 Ketahuilah sesungguhnya jika seluruh umat bersepakat untuk memberikan kamu manfaat, nescaya mereka tidak akan boleh memberikan manfaat kepadamu melainkan yang telah Allah SWT tetapkan untukmu, dan jika seluruh umat bersepakat untuk mengenakan kamu mudharat, nescaya mereka tidak akan boleh mengenakan mudharat kepadamu melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas kamu. Pena telah diangkat dan lembaran telah pun kering. 
(Riwayat al-Tirmizi, Hasan Sahih)
 wAllahua'lam...


1 comment:

  1. saya pernah mimpi kene patuk ular,kene kejar binatang berbisa. Takat ni alhamdulillah masih dilindungi.. syukur sgt2

    ReplyDelete

(Thanks for dropping by!! ^_^)