Wednesday, 29 June 2011

barakallahulakum..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah, saat yang dinanti telah tiba..
Saat yang sangat mendebarkan akhirnya dilalui jua..
Syukur kepada Allah kerana mempermudahkan segalanya..
dan kini, status sudah bertukar menjadi berdua..
Alhamdulillah,
Alhamdulillah
dan Alhamdulillah...

Alhamdulillah, akhirnya sahabat saya, Solehah telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan di Sri Petaling semalam.. walaupun tidak dapat menghadirkan diri, tapi doa saya sentiasa mengiringi moga perjalanan majlis berjalan dengan lancar..dan syukur Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan..

Buat sahabatku Solehah, jadilah isteri yang solehah..terasa amat terkejut menerima perkhabaran darimu tentang tarikh pernikahanmu, namun aku tetap gembira untukmu kerana kamu kini telah menyempurnakan separuh daripada agamamu.. 

Doa untukmu dan zauj..

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ.
“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.” 


Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
(Surah An-Nur; ayat 32)
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(surah Al-Rum, ayat 21)
selamat pengantin baru dan moga selamat membina jambatan ke syurga sahabatku!! 


with love,

No comments:

Post a Comment

(Thanks for dropping by!! ^_^)