Assalamualaikum wbt..
هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
"Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh"
(Q.S. Asy-Sy`araa: 83)
Sejak akhir-akhir ini, banyak perkara berlaku di sekeliling. Dari hal sebesar-besarnya sehinggalah hal kecil, pasti semuanya di bawah pengetahuan dan perancangan Allah. Mendapat mimpi yang pelik, rasa yang kurang enak, hati yang sering sayu, entah apa yang melanda diri. Diri hanya mampu berdoa moga semuanya baik-baik sahaja, dan moga Allah selamatkan diri ini dari segala mara bahaya dan gangguan makhluk-makhluknya.
Terkadang, rasa risau juga andai masa untuk menemuiNYA sudah tiba, kerana bekal untuk dibawa bertemu pencipta belum cukup dipersiapkan..
"Ya Allah, jika masa itu telah tiba, jemputlah aku dalam keadaan aku beriman padaMU.. Jemputlah aku tatkala dosa-dosaku sudah terhapus, jemputlah aku tika aku mencintaiMU sepenuh hatiku, agar rasa sakit tika malaikatMU menyeru hujung nyawaku itu tidak terasa olehku dek rasa cinta dan rinduku padaMU..perkenankanlah ya Allah..."
اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي
يوم لقائك
"Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada hujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)"
(H.R. Ibnus Sunny)
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan HUSNUL-KHATIMAH (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan SU`UL-KHATIMAH (akhir yang buruk)"
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda “ perbanyakan mengingati kematian yang boleh menghapuskan kelazatan dunia “ Hadis Riwayat Nasai’ dan Ibnu Majah |
***CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PERINGATAN***
Amin T_T perkenankanlah ya Allah.
ReplyDeleteida~~sangat suka hadith2 tok~~
emm..cedih pula~
sedih kan..
ReplyDeletecukuplah mati sebagai peringata dan peghapus kelazatan dunia..