Sunday, 24 April 2011

surat untuk sahabat



ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi


Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 


Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku 


Oh Tuhan 
Tunjukkan ku jalan 
Untuk menempuhi dugaan ini 
Teman, maafkan jika ku melukaimu 
Moga ikatan ukhwah yang dibina 
Ke akhirnya 


Aku tidak kan berdaya 
Menahan hibanya rasa 
Kau pergi meninggalkan diriku 
Redhalah apa terjadi 
Usahlah kau kesali 
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Sahabat yang ku cinta kerana Allah
masih segar dalam ingatanku tika kita mula bertemu dan saling mengenali. Mungkin saat itu bukan saat terindah perkenalan kita tapi kita akhirnya bertemu semula dan membina sebuah persahabatan dalam pencarian ilmu dan redha Illahi.



Di sana, kita dipertemukan dan saling mengenali, aku, kau dan mereka. Kita sama-sama belajar dan mengajar. Itulah kisah persahabatan kita. Aku belajar banyak perkara dalam persahabatan kita. Terlalu indah saat itu bila ku kenang semula. Tidak terungkap penghargaan kepadamu kerana hadir menjadi sahabatku. Tidak tercatat jua betapa banyak yang telah kita lalui bersama sepanjang tempoh persahabatan kita. Kau, aku dan mereka makan bersama, tidur, qiam dan jaulah bersama. Kita bergelak tawa, dan saling bergurau senda. Namun, lumrah persahabatan ada pahit manisnya, aku kau dan mereka juga tidak terkecuali. Kita pernah jua saling terasa hati, saling merajuk dan membawa hati, pertengkaran hebat juga pernah terjadi, tapi akhirnya kita saling berpelukan dalam kemaafan. Alangkah indahnya saat itu, saat Allah kembalikan keindahan dan kemanisan ukhuwah kita. 


Kini, aku kau dan mereka kian jauh. Dulu aku percaya, jarak ini tidak akan memutuskan ikatan hati antara kita, dan hingga kini aku masih percaya, kerana aku, kau dan mereka telah dipersatukan hati olehNYA. Dan, sehingga kini, aku masih sering teringatkan kau dan mereka di sana. Terkadang aku mimpikan kau, aku mimpikan mereka. Terkadang jua aku tiba-tiba rasa tidak sedap hati dan akhirnya perasaanku ternyata tepat bila mendapati kau atau mereka di sana ditimpa ujian. Ada kala aku mampu mendengar dan bertanya khabar kau dan mereka, tapi adakalanya aku hanya mampu mendoakan dari kejauhan, moga kau dan mereka di sana baik-baik sahaja.


Sepanjang persahabatan kita, pelbagai ujian telah kita lalui. Kau, aku dan mereka pernah berjuang bersama, menangis bersama, saling menguatkan antara satu sama lain. Itu yang membuatkan kau dan mereka istimewa dalam hatiku. Dan kini, kita diuji lagi, dengan satu perkara yang ku kira mungkin silapku jua. Mungkin aku keterlaluan dalam menegurmu, tapi hanyalah kerna kau sahabatku, aku terpaksa memarahimu. Marahku bukan kerana kebencian, tapi tanda sayang. Maafkan aku kerana telah mengguris perasaanmu. Aku sudah tidak tahu apa yang perlu ku lakukan untuk membantumu sehinggalah aku mengambil jalan untuk memilih pilihan itu. Maafkan aku sahabat.


Maafkan aku sahabat, kerana melukai hatimu. Aku telah cuba membetulkan keadaan tapi mungkin kau perlukan ruang untuk mencari ketenangan. Maafkan aku sahabat, kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang baik untukmu. Aku tidak mampu membawa kau kembali apatah lagi menunjukkan jalan yang terbaik untukmu. Maafkan aku atas khilafku. Doaku moga Allah tunjukkan jalan padamu, memberi yang terbaik untukmu dan moga ukhuwah kita ini akan pulih suatu hari nanti....

1 comment:

(Thanks for dropping by!! ^_^)