Wednesday 27 April 2011

apa yang kita makan?



“Aku mau minum yoyo la…”
Diam..
“ko ndak mau da..?”
“hehe, ndak pa la…”
“owh ok..”

Diam lagi. Entah mengapa berat sangat mulut untuk menanyakan status halal minuman tersebut. Bukan aku tidak pernah minum, malah menjadi antara minuman kegemaran warga asrama sekolahku suatu ketika dulu, termasuklah aku. Pada waktu itu, senior akan buat pengumuman, siapa yang mahu menempah, sila berkumpul dan berikan senarai tempahan,..maklumlah masa tinggal di asrama, susah untuk ke bandar, jadi perlukan perkhidmatan dari pihak yoyo tersebut untuk membuat penghantaran ke asrama. Makanan dan minuman tersebut sangat sedap, dan lagi sedap kalau kakak angkat atau adik angkat yang bagi..hehehttp://www.emocutez.com

Teringatkan peristiwa itu, diri rasa jahil..jahil kerana tidak cuba mengambil tahu asal-usul dan siapakah pembuat minuman itu. Kalau pergi ke kedainya, tidak ada satu sijil pun yang tergantung..tidakkah kita meragui?

Kadang-kadang kita makan sahaja apa-apa makanan yang kita rasa sedap, tanpa mengambil tahu isi kandungan makanan tersebut, apatah lagi yang langsung tidak bercop halal.

“alah, yang bercop halal pun bukan boleh percaya..”, komen sesetengah orang.
“yang tertulis mengandungi kod E tu dari khinzir..”, kata orang lain pula.

Macam-macam lagi pandangan orang bila bincang soal ‘makanan halal’. Bagi saya, apabila sudah ada cop halal Jakim, seeloknya usahlah kita persoalkan lagi, sebab kita tidak akan mampu untuk menyelidik lebih dalam, tapi sekiranya hati masih merasa ragu, lebih baik ditinggalkan. Dan tentang kod E (emulsifier a.k.a pengemulsi), Jakim ada membuat kenyataan bahawa mana-mana makanan yang mengandungi bahan yang mempunyai kod E dan mempunyai cop halal, bermakna emulsifier yang digunakan sudah disahkan halal.  Itu isu yang meragukan cop halal, belum lagi yang langsung tidak kisah dengan apa yang dimakan.

“ala, minuman je pun, mustahillah dicampur dengan khinzir..”, kata seorang yang lain pula.
“keju? Takkan la dibuat dari haiwan?huh”, kata penggemar kek keju.

Kita adalah apa yang kita makan

Apa yang kita makan,  itulah yang membentuk darah daging kita. Perhatikanlah apa yang masuk ke dalam mulut dan perut kita, kerana dikhuatiri makanan itu menjadi punca solat dan doa kita tidak diterima,

Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W

Daripada Abu Hurairah telah berkata : Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya Allah itu Maha Baik tidak menerima melainkan sesuatu yang baik. Dan Sesungguhnya Allah telah memerintah para orang yang beriman sama dengan apa yang telah Dia perintah dengannya terhadap para rasul. Maka firmanNya yang bermaksud : Wahai rasul-rasul makanlah kamu daripada makanan yang baik (halal)...dan firmanNya lagi yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman makanlah kamu daripada makanan yang baik apa yang dianugerahkan kepadamu(halal).... Kemudian Rasulullah s.a.w menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berrdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. (Hadis Riwayat imam Muslim)

Astaghfirullah al’azim..adakah selama ini doa kita menjadi terhijab lantaran kurang memerhatikan dan mengambil peduli tentang makanan yang kita makan? Ampunilah kami ya Allah…http://www.emocutez.com

Teringat kembali kisah Saad Bin Abi Waqas yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W:
"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah S.W.T supaya dia menjadikan doaku mustajab."
Jawab baginda: "Wahai Saad, jagalah soal makanmu, nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tangan-Nya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh daripada makanan haram dan riba, maka neraka lebih layak baginya."
(hadis riwayat Ibnu Abbas)

Astaghfirullah..

Sahabatku , mari kita memerhatikan apa yang kita makan..moga-moga kita terhindar dari makanan yang menjadi penghalang kita untuk mendekatiNYA..
Allahua’lam..


No comments:

Post a Comment

(Thanks for dropping by!! ^_^)