Assalamualaikum wbt
mengharap sesuatu yang tidak kunjung tiba
hanya mengundang sejuta duka
terima dirimu seadanya
usah diharap pada hadirnya manusia
kerana
hakikat hidup ini,
kamu memang sendiri
buanglah segala kesedihan
dan kekecewaan
bahagiakanlah orang lain
dan jangan mengharapkan orang lain membahagiakanmu
kerana erti bahagia hanyalah bila kamu membahagiakan mereka
kerana hakikat hidup ini
kamu memang sendiri
maknailah hidupmu dengan memberi
usah diharap untuk diberi
kerana hakikat hidup ini
kamu memang sendiri
tapi
sematkanlah dalam hatimu
bahawa walau kamu kembara sendiri
walau kamu tiada sesiapa di sisi
walau temanmu tidak hadir saat kamu menanti
yakinlah bahawa
Allah tetap bersamamu
itulah satu-satunya yang pasti
sudah,
usaplah air matamu
saat kamu memerlukan seseorang
untuk kau adukan kedukaanmu
adukanlah segalanya pada kekasih yang sedia menanti
kerana hakikat hidup ini
kau tetap sendiri
T_T
ReplyDeletesedihnya....
ida...miss u.
Saat engkau sunyi sendirian,
saat engkau kembara seorangan,
dan saat engkau hilang kebergantungan,
percayalah...Allah sentiasa disisimu,
La tahzan.
Saat engkau sunyi sendirian,
ReplyDeletesaat engkau kembara seorangan,
dan saat engkau hilang kebergantungan,
percayalah...Allah sentiasa disisimu,
La tahzan.
suka ayat tok..
Terima kasih tulip biruku...
^__________^ <-----senyumlah, hdup ini terlalu singkat untuk ditangiskan... =)
dan hidup ini terlalu indah untuk kita nikmati tulip ungu dan tulip biruku..
ReplyDelete