Wednesday 6 April 2011

jika bukan milikmu

Bismillahirrahmanirrahim

"bulan 4 nanti ada expo di kl...kamu mau pegi?", kata-kata bos lebih kurang 3 minggu lalu masih terngiang-ngiang dalam kotak fikiran.
28 Mac 2011
"bos, hmm macamana tiket bos? suda beli?"
"belumm..."
1 April 2011
"assalamualaikum..bos ada? dia suda belikan kami tiket ka?"
"dia pi China tu, hmm macam belum pula tu tau..dia pun tiada pula bagitau.."
"oo..hmm jadi macamana tu ya..jadi ka kami ni.."
"hmm jadi ba tu, barang-barang suda kena hantar pi sana..nanti bos telefon, saya tanya dia k.."
"ok..terima kasih.."
4 April 2011 9.00am
"assalamualaikum..mau tanya, bos ada cakap apa-apa pasal kami mau pi kl tu?"
"hmm ada dia tanya saya bila tarikh tu..dia mau urus mungkin.."
"oo jadi tiket kami belum ada la ni.."
"ya belum rasanya..hehe.."
 4 April 2011 11.35 am
"assalamualaikum bos..hmm macamana kami ni bos..jadi ka"
"saya tengah urus la ni"
"oo ok bos"
4 April 2011 2.35pm
"Assalamualaikum bos..hmm bos mau pi kilang hari ni?"
"tidak.."
"oo..jadi macamana kami ni..hehe"
"saya masih bincang lagi ni"
"oo ok2 terima kasih bos"
4 April 2011 5.30pm
"assalamualaikum bos..hmmm..macamana kami ni ya..jadi ka..hehe"
"saya masih urus lagi ni..jadi ka tidak jadi, nanti saya bagitau.."
"ok bos"
Membelek-belek telefon bimbit masing-masing. tetap tiada panggilan masuk mahupun sms.


5 April 2011
"Assalamualaikum..hmm mau tanya saja ni, macamana yang kami mau pigi Kl tu ya.."
(hafal suda kami ayat pertanyaan itu. Suda tebal muka menanyakan soalan yang sama. Tapi kami perlukan sebuah jawapan.oh)
"Masih urus lagi ni..nanti kami contact"
"ba ok..terima kasih" 
Bingung. Tertanya-tanya. Tiada mood. Itulah keadaan kami, menanti sebuah jawapan, samada jadi atau tidak. Semangat kami yang pada mulanya berkobar-kobar (siap jauh-jauh lagi pinjam kamera.haha) kini kian tenggelam. Kami seolah-olah digantung tidak bertali.hehe. Bak kata lagu, kalau jadi katakan jadi, tidaklah aku ternanti-nanti..

Tiba-tiba teringat kata-kata ayahku beberapa hari lalu..
"kalau bukan rezeki kita, walaupun sudah masuk dalam mulut pun, akan tekeluar balik juga..."
Huhu. Mugkin ada benarnya apa yang dikatakan ayahku. Mungkin kali ini bukan rezeki kami. Tapi kami sangat kecewa. Kenapa harus bagi harapan, kemudian tidak memberi sebarang khabar..oh kesiannya. Kami begitu berkobar-kobar untuk menimba pengalaman dan merasai sendiri perasaan menguruskan booth pameran dan jualan, lebih-lebih lagi di expo antrabangsa itu. Kami pasti itu suatu pengalaman yang amat mahal. Tapi jika tidak jadi, beritahulah kami dan kami bersedia menerima hakikat. Kami sungguh tertekan (baca: bingung). Hingga tiada perasaan untuk buat kerja yang disuruh oleh bos kedua (huhu). Kalau tidak jadi, maknanya kami kena (baca: terpaksa) la buat pengilat tayar tu hari ini..Ah sungguh malas.. Ya Allah, kenapa la sangat teruk perasaan tika ini.. Rasa ingin ambil cuti dan bermain dengan Amal puas-puas..huhu

Tapi, jauh di sudut hati, aku cuba pujuk diri. Jika ini bukan rezeki kami, insya Allah, rezeki kami akan tiba suatu hari nanti.. Semangat, datanglah segera...

*********************
Pengajaran: Begitulah sebenarnya hidup kita. Terkadang kita merasa suatu yang kita impikan dan kita rasa kita akan dapat, tiba-tiba hilang dan lenyap begitu sahaja. Keindahan dan kegembiraan yang kita bayangkan, kita rasa kita telah dekat dengannya, tapi hakikatnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. DIA tahu adakah perkara itu baik atau tidak untuk kita. Kita cuba berusaha mendapatkannya, tapi jika masih tidak berjaya memilikinya, bukanlah maknanya kita seorang yang malang, Tapi pasti ada sebab dan hikmahnya mengapa Allah halang kita untuk mendapatkan perkara itu. Yakin dan percayalah, bahawa ketika Allah mengambil sesuatu, telah DIA tetapkan sesuatu yang lebih baik sebagai ganti kepada kita. Dengan syarat, bersabar, redha dan berlapang dada menerima hakikat itu, anda pasti akan menemui sebuah keajaiban dari Allah suatu hari nanti. Yakinlah!!! 

maka tenang dan redhalah duhai hati!!! 


1 comment:

  1. Oh..sabarlah adikku..anggaplah itu satu ujian yang akan memantapkan lagi dirimu pada masa hadapan..Dalam kehidupan ini, terlalu banyak lagi perkara yang akan dihadapi..Kadang2 banyak yang kita harapkan tidak menjadi seperti yang dirancang..Setiap dugaan itu pasti ada hikmah yang tersembunyi..

    ReplyDelete

(Thanks for dropping by!! ^_^)