Sunday, 29 May 2011

29 Mei: Ulangtahun penaklukan kota Konstantinopel



Bismillahirrahmanirrahim


Ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
 "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?

Saturday, 28 May 2011

bila saatnya berpisah

Bismillahirrahmanirrahim
"dik, kami last praktikal hari ni....", sambil tersenyum, cuba menyapa mereka yang baru hendak mula bersarapan.
"ha?? " hampir serentak mereka memberikan respon yang sama. Agak terkejut barangkali.
"kakak ni..kenapa ndak bagitau awal-awal...sedihnya..." sambung Aisyah.
"hehe...bagitau la ni...bah makanla dulu...nanti kita sembang ya..." cuba menenteramkan mereka, dan hati sendiri juga.. 
Hari ini hari terakhir bersama mereka. Walaupun kami tidaklah serapat mana, tapi kewujudan kami di sana ternyata memberi makna untuk kami dan juga mungkin mereka. Akhir-akhir ini, aku agak rapat dengan Aisyah. Walaupun mungkin ruang sembang kami agak terbatas oleh kerana kerja dan keadaan sekeliling, tapi aku berpeluang mengenali mereka. Alhamdulillah, banyak yang aku belajar dari mereka di sana.


Setiap pertemuan pasti akan adanya perpisahan


Dalam kehidupan, kita akan sering terlibat dengan pertemuan dan kemudian, pastinya perpisahan akan menyusul. begitulah lumrah alam. Detik pertemuan yang mungkin tidak disangka, ataupn secara kebetulan mahupun dirancang, pasti dihujungnya akan adanya perpisahan. Dan kesedihan menghadapi perpisahan itu sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia. Apa yang berlaku, biarlah menjadi kenangan dan buat bekalan kita untuk terus menjalani kehidupan.

Monday, 23 May 2011

Berikan alasanmu itu kepada Allah

Alasan. Kita suka memberikan alasan. Atas kelalaian kita, atas kecuaian kita, atas kesilapan kita, atas kesalahan kita, atas segala apa yang berlaku dan menghasilkan ketidak senangan, maka kita akan memberikan alasan.

Kenapa fail exam?
Sebab soalan doktor yang susah. Saya dah studi rajin-rajin dah.

Kenapa solat lewat?
Tadi air sejuk sangat. Badan tak tahan.

Kenapa couple?
Nak rapatkan ukhuwwah. Saling kenal mengenal. Tak kenal maka tak cinta.

Kenapa hantar kerja lambat?
Semalam ada urusan penting.

Ya. Banyak alasan kita. Dan dalam banyak perkara, semua ada alasannya yang tersendiri. Manusia yang kita berikan kepadanya alasan, mungkin hanya mampu menarik nafas dan sekadar berpuas hati dengan alasan yang diberikan. Sebab, dia tidak tahu sama ada alasan itu betul atau tidak.

Tetapi, bagaimana dengan Allah?
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.


Setiap alasan yang hendak kita keluarkan, berikannya dahulu kepada Allah

A delay in a prayer..

There was only 15 minutes left before Salat-ul Isha.
He quickly made Wudhu and performed Salat-ul Maghrib.
While making Tasbih, he again remembered his grandmother and was embarrassed by how he had prayed.His grandmother prayed with such tranquillity and peace.
He began making Dua and went down to make Sajdah and stayed like that for a while.
He had been at work all day and was tired, so tired.
He awoke abruptly to the sound of noise and shouting.
He was sweating profusely.
He looked around.
It was very crowded.
Every direction he looked in was filled with people.
Some stood frozen looking around, some were running left and right and some were on their knees with their heads in their hands just waiting.
Pure fear and apprehension filled him as he realized where he was.
His heart was about to burst.
It was the Day of Judgment.
When he was alive, he had heard many things about the questioning on the Day of Judgment, but that seemed so long ago.
Could this be something his mind made up?
No, the wait and the fear were so great that he could not have imagined this.
The interrogation was still going on.
He began moving frantically from people to people to ask if his name had been called.
No one could answer him.
All of a sudden his name was called and the crowd split into two and made a passageway for him.
Two angels grabbed his arms and led him forward.

Sunday, 22 May 2011

Cerpen: ......



Salam
Umair, kenapa kau senyap je sekarang? Lama betul tak sms aku? Kau ade problem ke?


Sebuah sms tiba-tiba menerjah masuk ke inbox. Sesaat aku terdiam memikirkannya. Terjemahan Al-Quran yang sedang dibaca, diletakkan ke tepi. Lalu jemariku mula menekan-nekan papan kekunci handphone 3310 ku.


Salam,
Takde la. Biasa je. Sibuk dengan SPM yang dah nak dekat kut.


Ye la nk SPM pn, takkanla sampai senyap macam ni. Pelik aku tengok ko sekarang, dah tak mesra macam dulu.


Alamak, macam mana la aku nak terang kat minah sorang ni. Ya Allah, bantulah aku menyampaikannya.


Alah, biasa je. Prasaan ko je kut. Em, ko tau aku clash kn?


Ade gak dengar. Tapi kau tak cakap apa-apa pun. Aku diam je la. Selalu kan kau cerita semua masalah kat aku. Kata kawan.

'Memang kau kawan aku. Tapi kau perempuan. Aku lelaki. Aku tak senang nak luahkan perasaan kat kau.' Kata-kata tu hanya terlintas di dalam hati.


Erm, kau tau kenapa aku clash kan..?

ketika cinta berusrah

Pada suatu hari di tempat yang tidak diketahui...

Zarina    :   Dengar cerita dah nak fly?

Hafizah :   21hb ni, 11 pagi.

Zarina    :   Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya…

Hafizah :   Perkataan ‘akhirnya’ tu tak bestnye dengar!…

Zarina    :   Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak 
                      fly ke Jepun. Anyway,  tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan
                      teman lelaki kau ke?

Hafizah :   Haah. Kitorang masuk universiti sama-sama, duduk rumah sama-sama… 
                      ish tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada boyfriend.

 Zarina   :   hah? Biar betul! Kenapa? takde mamat yang nak dengan kau ke? Kau 
                      memilih sangat kot?

Friday, 20 May 2011

izinkan aku menyibuk

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt..

“kalau tidak menyibuk hal orang lain, boleh tak??”
“dahla, tak payah nak sibuk jaga tepi kain orang..tak payah nak ingatkan aku itu ini, aku tahu..”
“eh, kubur kita nanti masing-masing kan? Tak payah nak risaukan aku..”


Mungkin kita pernah mendengar ungkapan-ungkapan seperti ini. Atau mungkin kita selalu dilemparkan kata-kata itu. Lalu apa yang kita jawab? Mungkin ramai yang membalas dengan diam ataupun…

kerja oh kerja

Bismillahirrahmanirrahim

“kak, kaka habis belajar dah kan, so dah kerja la ni”
“salam kak..lama tidak dengar berita…dah kerja?”
“apa khabar permohonan-permohonan kerja? Ada berita baik?”
“guys, please update your current status, where are you working now..”
“jadi kamu lepas ni kerja la kan? Suda dapat?”
“Adik-adik junior dah nak grade, yeeaaa…tak sabar nak kerja..orang yang konvo tahun lepas, jangan lupa belanja kami yang belum kerja ni”
Dan pelbagai lagi dialog dan perbincangan, dengan orang yang berbeza, dan masa yang berbeza, dan tempat yang berbeza, tapi topik yang sama iaitu kerja.

Monday, 16 May 2011

jika kau mencintaiku kerana Allah..



Ikhwan yg dikasihi....
♥♥Jika kau mencintaiku kerana Allah, jangan dekati aku...
Jika kau mencintaiku kerana Allah, jangan menggodaku...
Jika kau mencintaiku kerana Allah, jangan merayuku....
Jika kau mencintaiku kerana Allah, jaga izzahmu denganku...
Jika kau mencintaiku kerana Allah, jangan menyentuhku...
Jika Mencintaiku kerana Allah, jagalah hatimu dan hatiku agar tetap MencintaiNya...

♥♥Jika kau mencintaiku kerana Allah, jangan menjadikan aku kekasihmu...
Jika kau mencintaiku kerana Allah, pilihlah jalan yang Allah redhai untuk mendapatkan hatiku...
Jika kau mencintaiku kerana Allah, jauhilah jika kau tahu aku belum siap menerima pinanganmu...
Jika kau mencintaiku kerana Allah, bersabarlah mengungkapkannya di saat yang tepat....

♥♥Jika kau mencintaiku kerana Allah, tak usah khuatir kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah...

♥♥Jika kau mencintaiku kerana Allah... Yakinlah, Jika aku memang di takdirkan Allah menjadi bidadarimu kita pasti akan bersatu.
Jangan menodai kesucian cinta hanya kerana nafsu semata...

Tuesday, 10 May 2011

Harga sebuah musibah

“ukhti…., assalamualaikum’
“da………………….”
Ada sendu di hujung talian. Kian deras bunyi tangisan sahabatku itu.
Aku cuba membiarkan dia melepaskan kedukaan itu, dan cuba menyusun ayat untuk memintanya bersabar dengan dugaan ini.
'da…terharunya..ramai yang datang tadi”
‘ha?” aku cuba memahami apa yang ingin disampaikannya
‘da,… ‘you are not alone’..”

di sebalik dugaan

**1 message receive**
*show*
**salam.jarkom.isyak tadi, ukhti J dan I dirompak penagih dadah, di masjid Tabuan. Mereka telah kehilangan semua dokumen penting termasuk passport dan duit.....**

Saya cuba membaca mesej itu berulang kali. Mesej itu masih sama, ternyata saya bukan bermimpi. Ya Allah!!! hanya itu perkataan yang mampu diluahkan.

Thursday, 5 May 2011

mari beriman sejenak

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Apa khabar sahabatku?
apa khabar pula imanmu?

marilah kita duduk dan beriman sejenak..


sepertimana Mu’az bin Jabal mengingatkan sahabatnya:
 Ø¥Ø¬Ù„س بنا نؤمن ساعة 
(Marilah kita duduk untuk beriman sejenak).
Kemudian, ungkapan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu ad Dardaa’ (ra) sambil memegang tangannya:
 ØªØ¹Ø§Ù„ نؤمن ساعة إن القلب أسرع تقلبا من القدرإذا Ø§Ø³ØªØ¬Ù…عت غليانا
(Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak).
Lalu kita mengambil perkataan ini daripada mereka berdua. 

Wednesday, 4 May 2011

Rezekiku..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, dan Alhamdulillah dan Alhamdulillah.. Hari ini mendengar perkhabaran baik dari teman seperjuangan di sini. Salah seorang teman telah berjaya memperoleh kerja dan teman yang lain pula berjaya mendapat lesen. Berita yang menggembirakan, meskipun aku masih begini, menanti berita yang menggembirakan buat diri sendiri. 


Kadang-kadang, apabila terjumpa dengan sahabat lama atau junior sekolah lama, perkara pertama yang ditanya mesti soal kerja. Hati hanya mampu memendam kesedihan.Cuba menyembunyikan kesedihan dengan jawapan, 'rezeki belum sampai'. Ya memang itulah hakikatnya, rezekiku masih belum sampai..


Aku perlu yakin, bahawa rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh Allah sejak lahir lagi, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W

pernahkah anda menerima emel seperti ini?

Bismillahirrahmanirrahim

Pagi yang indah dikejutkan dengan kehadiran sebuah emel yang amat mengejutkan. Emel dari seorang yang amat saya kenal, dan suatu ketika dulu, emel dari dialah yang memenuhi ruang kotak emel saya. Pada pertama kali melihat tajuk emel itu, ingatkan 'vacancy', rupanya 'vacation'..



From: s*********@yahoo.com
To: s**********@yahoo.com.my
With profound sense of sadness I write this email to you. I don't know how you will find this but you just have to forgive me for not telling you before leaving. I traveled down to London,United Kingdom at the weekend for a short vacation but unfortunately,I was mugged last night at gun point on my way to the hotel where I lodged. All my money and vital documents including my credit cards and my cell phone were stolen.

Tuesday, 3 May 2011

Nasihat Ibu tentang cintaku


Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya.
Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.
Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.
Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.