Friday, 20 May 2011

kerja oh kerja

Bismillahirrahmanirrahim

“kak, kaka habis belajar dah kan, so dah kerja la ni”
“salam kak..lama tidak dengar berita…dah kerja?”
“apa khabar permohonan-permohonan kerja? Ada berita baik?”
“guys, please update your current status, where are you working now..”
“jadi kamu lepas ni kerja la kan? Suda dapat?”
“Adik-adik junior dah nak grade, yeeaaa…tak sabar nak kerja..orang yang konvo tahun lepas, jangan lupa belanja kami yang belum kerja ni”
Dan pelbagai lagi dialog dan perbincangan, dengan orang yang berbeza, dan masa yang berbeza, dan tempat yang berbeza, tapi topik yang sama iaitu kerja.

Ya, kerja. Kerana isu inilah agak lama saya menghilangkan diri..Minta maaf kepada pelawat yang menanti entri baru (erkk…macam la ramai pelawat..hehe).. tapi saya tau memang ada yang menjenguk..hampir seminggu juga rasanya blog ni tidak diupdate..maaf maaf maaf blog, kerana menyia-nyiakanmu! (^_^)

KERJA, kerja, kerja, oh dimana kan ku cari kerja..??

Kadang-kadang, hati mampu dipujuk untuk terus bersabar dan berusaha..tapi adakalanya termenangis juga apabila memikirkan nasib..
“sabar..ujian ni kan..Allah tahu..ada juga rezeki kau nanti..” pujuk mamaku..
Menangis lagi. terima kasih mamaku kerana mengingatkan aku tentang itu. Ya, aku mesti yakin dan teruskan keyakinan bahawa rezeki ku akan sampai jua satu hari nanti.

Ya, sedangkan ulat yang kecil pun Allah tidak lupa untuk berikan rezeki, inikan pula kita yang DIA selalu berikan keistimewaan..

Sabarlah wahai hati..sabar dan teruskan bersabar dengan kesabaran..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau berkuasa. Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala yang ghaib. Berikanlah aku apa yang baik untukku, untuk agamaku, duniaku, dan akhiratku, hidupku dan matiku..hamba berserah padaMU Ya Allah..

No comments:

Post a Comment

(Thanks for dropping by!! ^_^)