Wednesday, 4 May 2011

Rezekiku..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, dan Alhamdulillah dan Alhamdulillah.. Hari ini mendengar perkhabaran baik dari teman seperjuangan di sini. Salah seorang teman telah berjaya memperoleh kerja dan teman yang lain pula berjaya mendapat lesen. Berita yang menggembirakan, meskipun aku masih begini, menanti berita yang menggembirakan buat diri sendiri. 


Kadang-kadang, apabila terjumpa dengan sahabat lama atau junior sekolah lama, perkara pertama yang ditanya mesti soal kerja. Hati hanya mampu memendam kesedihan.Cuba menyembunyikan kesedihan dengan jawapan, 'rezeki belum sampai'. Ya memang itulah hakikatnya, rezekiku masih belum sampai..


Aku perlu yakin, bahawa rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh Allah sejak lahir lagi, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

(Hadis riwayat Bukhari Muslim)


Ternyata rezekiku sudah dicatatkan oleh Allah, dan aku perlu yakin tentang itu, bahawa rezekiku pasti akan tiba jua suatu hari nanti. Tentang 'siapa aku akan jadi nanti', atau 'di mana rezekiku', aku masih dalam pencarian dan harapan..moga-moga rezekiku itu adalah yang terbaik untukku.. Mungkinkah aku bakal bergelar biotechnologist atau tissue culturist, atau microbiologist, atau businesswomen atau teacher atau hanya seorang suri rumah tangga (erk?), aku pasti apa yang Allah tetapkan untukku adalah yang terbaik untukku..Cuma aku berharap aku mampu memberi sesuatu untuk kedua ibubapaku. Bukan mereka meminta, cuma sudah terlalu lama aku bergantung pada mereka, betapa hati meronta-ronta untuk membiayai mereka pula. Pernah suatu hari ayahku berkata:
"kalau ko dapat kerja, kenduri la kali kita kan..''

ya Allah, betapa hati sangat sayu mendengar bicara ayahku..http://www.emocutez.com



Ya Allah, jika rezekiku di langit, turunkanlah, Jika rezekiku dibumi, keluarkanlah, Jika haram, sucikanlah..Jika jauh, dekatkanlah... Berilah daku apa yang terbaik untuk hambaMU ini..

Allah know's what's BEST for us
So, why should we complain?
We always want the sunshine, but He knows there must be rain
We always want laughter, but our heart will loose its tenderness
If I never shed a tear

Allah tests us often with suffering and with sorrow
He tests us not to punish us, but to help us meet tomorrow
For growing trees are strengthened
If they an withstand the storm
And the sharpness of the chisel, gave marble its grace and form

Allah tests us often
And for every pain He gives us (provided we are patient)
Is followed by rich grain
So, whenever we feel
That everything is going wrong
It is Allah's way
To make our spirits strong

Remember:
"On no soul do We place a burden greater than it can bear" (23:62)


Allah..keep me strong..

2 comments:

  1. ida...T___T
    sabar k.
    rezeki kita Allah dah tetapkan..
    bila, dimana, dan bagaimana,
    Allah yang tentukan..
    insyaAllah, Allah menyediakan yg terbaik buatmu..

    ReplyDelete
  2. ya da..sabar ek..Allah dah tentukan semuanya..tinggal untuk kita jalani jea..yakinlah dengan ALLAH..ALLAH telah sediakan yang terbaik untukmu..untuk saya dan untuk kita semua..insyALLAH..

    ReplyDelete

(Thanks for dropping by!! ^_^)