Tuesday, 10 May 2011

di sebalik dugaan

**1 message receive**
*show*
**salam.jarkom.isyak tadi, ukhti J dan I dirompak penagih dadah, di masjid Tabuan. Mereka telah kehilangan semua dokumen penting termasuk passport dan duit.....**

Saya cuba membaca mesej itu berulang kali. Mesej itu masih sama, ternyata saya bukan bermimpi. Ya Allah!!! hanya itu perkataan yang mampu diluahkan.
Cuba bertanya kembali kepada ukhti yang menghantar mesej tersebut, namun tiada jawapan. Baru teringat yang ukhti itu ada exam hari ini. Saya cuba menghantar mesej kepada sahabat lain pula. Tiada jawapan. Ya Allah, moga sahabatku si tulip hijau dan tulip putih tidak tercedera dan berilah mereka kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, saya cuba membaca mesej itu semula. Ya memang inilah yang berlaku. Inilah takdir yang Allah telah tetapkan untuk mereka. Pasti ada hikmahnya atas semua ini. Tiba-tiba saya teringat ayat cinta penawar duka yang Allah titipkan untuk hambaNYA..

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” 
Surah Al-Hadid ayat 22-23.

Dalam menghadapi ujian seperti ini, lumrahnya kita akan merasa sedih, tetapi bagaimana kita hendak menghadapi ujian ini? Tidak lain hanyalah dengan sabar. Sebagaimana kata-kata Ibnu Abbas:

"Tidak Ada Seorang Pun Yang Tidak Merasakan Sedih Dan Gembira. Tetapi Orang Mukmin Menghadapi Bencana Yang Menimpanya Dengan Sabar. Dan Keuntungan Sebagai Durian Runtuh Yang Diterimanya Pula Disambut Dengan Bersyukur.."


Sepertimana juga firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155:
Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” 

Semua yang kita ada hanyalah pinjaman dari Allah

Pernah suatu ketika dulu saya turut kehilangan sedikit daripada rezeki yang Allah berikan. Agak kesal dan sedih, tapi seseorang telah membantu mengembalikan ketenangan ke dalam hati
Rezeki kita ni kan dari Allah.., jadi Allah berhak ambil bila-bila masa sahaja kan? Kita hanya hambaNYA, diamanahkan untuk menjaga apa yang diamanahkannya dengan sebaiknya, dan bila Allah mengambil kembali, kita perlu redha dan ingat semuanya apa yang kita ada hanyalah pinjaman..sedangkan nafas yang ada dalam tubuh kita pun kita takkan dapat hentikan semahu kita, inikan pula soal rezeki.. Bersangka baik dengan Allah ya, mungkin Allah nak bersihkan rezeki kita daripada yang haram…
 Ya, benar kata sahabat itu..moga Allah memberi kesabaran atas musibah ini..

Kisah Ummu Salamah

Abu Salamah dan Ummu Salamah  merupakan antara insan terawal mengukir Islam di dalam hati mereka. Demi Islam juga, pasangan ini terpisah. Sewaktu peristiwa hijrah. Orang2 musyrik telah melarang Abu Salamah membawa isteri dan anaknya bersama. Namun, kerana cinta yang teguh berlandaskan syariat, mereka dipertemukan semula setahun kemudian di Madinah. Bersama-sama dgn Rasulullah.

Suatu hari, terdengarlah Ummu Salamah akan kata-kata Rasulullah.

"Tidaklah seorang Muslim ditimpa musibah lalu ia mengucapkan kata2 yg Allah perintahkan ( inna lillahi wa inna ilahi raji'un) dan berdoa : "Ya Allah, berilah daku pahala di sebalik musibah ini dan gantikanlah musibah ini dgn sesuatu yg lebih baik." sudah tentu Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik untuknya"

Tidak lama selepas itu, setelah tamat perang Uhud. Abu Salamah pulang ke rumah dalam keadaan cedera parah. Akhirnya pergilah Abu Salamah menghadap Penciptanya kesan drpd kecederaannya itu. Pemergian suami tercinta sgt menyayat hati Ummu Salamah. Maka teringatlah Ummu Salamah akan kata2 Rasulullah yg pernah didengar sebelum ini. Namun, terasa berat dirinya untuk mengucapkan doa tersebut kerana mengenangkan tidak ada yg mampu menggantikan suaminya yg tercinta itu. Akhirnya, dgn bekalan iman di dada. Terucaplah doa tersebut oleh Ummu Salamah.

Maha suci Allah. Tak lama setelah tamat idahnya, Ummu Salamah dipinang Nabi Allah, Muhammad. Allah telah menggantikan Abu Salamah dgn sebaik-baik manusia ciptaanNya sebagai menepati janjiNya untuk insan yg bersabar.

Dengan musibah yg telah Allah timpakan kpd Ummu Salamah, telah menjadikannya pendamping seorang insan mulia bergelar kekasih Allah. Allah telah menghadiahkannya gelaran Ummul Mukminin. Gelaran yg amat mulia yg membawa maksud ibu kepada orang beriman.

Hikmah di sebalik dugaan

Terkadang, mungkin kita tidak menemui apakah hikmah disebalik setiap apa yang berlaku. Tapi yakinlah apa yang Allah tetapkan, pasti itu yang terbaik untuk kita.
Mungkinkah sebagai pembersih rezeki kita. Dan  juga sebagai penghapus dosa, dan juga agar darjat kita diangkat lebih tinggi di sisiNYA. Apapun, kita perlu menghadapinya dengan sabar. YA SABAR. Sabar bukan semudah disangka. Bukan semudah dikata. Sabar bukan hadir setelah hati dan jiwa mengeluh, tapi sabar adalah langkah pertama yang kita lakukan bila ditimpa musibah. Mampukah kita bersabar?  

"Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."
(al-Baqarah:250)


لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”  
(Al-Anbiyaa’:87)

Dari Abu Hurairah R.A Beliau Berkata: "Sesungguhnya Aku Pernah Mendengar Rasulullah s.a.w Bersabda: Setiap Musibah Yang Ditimpa Ke Atas Orang-Orang Mukmin Yang Berupa Sakit Yang Berterusan, Sakit Yang Biasa Dan Kesedihan Bahkan Membawa Kepada Kebingungan Dari Musibah Yang Beliau Alami, Maka Hal Yang Demikian Merupakan Penghapus Bagi Kesalahan-Kesalahannya"
(HR Muslim)


Buat sahabatku

Sahabatku si Tulip Hijau dan Tulip Putih,
Bersabarlah dan kuatkan kesabaranmu.
Yakinlah Allah sedang merancang sesuatu untuk kalian berdua, meskipun semuanya dirasakan kian kelam. Yakin dan percayalah. Berdoalah moga Allah gantikan kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik..
  

No comments:

Post a Comment

(Thanks for dropping by!! ^_^)