Pagi yang indah dikejutkan dengan kehadiran sebuah emel yang amat mengejutkan. Emel dari seorang yang amat saya kenal, dan suatu ketika dulu, emel dari dialah yang memenuhi ruang kotak emel saya. Pada pertama kali melihat tajuk emel itu, ingatkan 'vacancy', rupanya 'vacation'..
From: s*********@yahoo.com
To: s**********@yahoo.com.myWith profound sense of sadness I write this email to you. I don't know how you will find this but you just have to forgive me for not telling you before leaving. I traveled down to London,United Kingdom at the weekend for a short vacation but unfortunately,I was mugged last night at gun point on my way to the hotel where I lodged. All my money and vital documents including my credit cards and my cell phone were stolen.I've been to the embassy and the Police here but they're not helping issues at all.Things are difficult here and I don't know what to do at the moment that's why I email to ask if you can lend me 1,350 Pounds so I can settle the hotel bills and get a return ticket back home. Please do me this great help and I promise to refund the money as soon as I get back home
All you need is the name on my passport and location below I will appreciate any amount you can wire to my info below.
Name: S*** L*** ***
Location: London, United Kingdom
Amount: 1,350 Pounds
I will definitely refund your cash as soon as I get home. kindly get back to me with the western union transfer details as soon as you are done with the transfer.
With best regard fromS*** *****
Tidak berkelip mata saat menatap emel tersebut. Terkejut, dan sedih. Dia adalah seorang pensyarah yang amat baik. Meskipun dia seorang yang berlainan bangsa dan agama dengan kami, dia tetap melayan kami dengan baik. Dia tekun dan sanggup mengajar kami yang masih baru dalam bidang itu. Naluri keibuannya membuatkan dia tegas dalam kasihnya. Dia juga pernah menegur silap kami, tapi kami percaya marahnya bukan kerana kebencian, tapi kerana sayang. Dialah penyelia Projek Tahun Akhir saya semasa saya menuntut di universiti dahulu.
persoalannya, jika anda berada di tempat saya, apakah langkah pertama yang anda lakukan?
Oleh sebab perasaan sangsi tiba-tiba wujud terhadap emel tersebut, saya cuba menghubungi sahabat seperjuangan saya, dan memintanya menghubungi tempat beliau berkhidmat sekarang, untuk mengetahui samada benarkah beliau berada di United Kingdom ataukah emel ini hanya sebuah penipuan.
kecurigaan kami terhadap emel tersebut1. nama penerima emel yang lain tidak ada, seolah-olah emel ditujukan khas untuk saya, ataupun beliau sanggup menghantar emel tersebut satu-persatu kepada penerima yang lain2. gaya bahasa yang digunakan agak berbeza dari gaya bahasa yang beliau selalu gunakan terhadap kami =)
Sahabat saya tidak menghubungi tempat yang saya cadangkan, sebaliknya terus menghubungi telefon bimbitnya. Berita yang saya terima kemudiannya agak mengejutkan saya apabila sahabat saya memberitahu bahawa beliau dengan girangnya menjawab panggilan telefon dari sahabat saya dan memberitahu bahawa dia berada di Malaysia sekarang dan dia memang tidak pergi ke mana-mana. Alhamdulillah, dia selamat dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Cuma dia amat terkejut apabila mengetahui tentang emel tersebut.
Jadi, siapakah yang menghantar emel itu?
Rupa-rupanya emel beliau telah diceroboh dan telah dipergunakan untuk menipu orang. Saya cuba membayangkan kemungkinan semua senarai alamat emel yang tersimpan dalam emel beliau mungkin juga menerima emel yang sama, dan lebih dikhuatiri jika ada yang berusaha untuk menolong beliau, kerana sememangnya beliau seorang yang baik, tentunya ramai yang berusaha untuk menolong dan menyediakan duit yang diminta itu. Ya Allah, moga-moga mereka menyelidiki dahulu sebelum bertindak memberikan duit tersebut..
Sesuatu untuk renungan hari ini
Berhati-hati dengan teknologi sekarang, manusia boleh melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diinginkan..jaga dan jangan biarkan maklumat rahsia kita diketahui orang lain..
kadang-kadang emosi mempengaruhi kita dalam bertindak..tapi, dalam keadaan dunia yang kian menjadi-jadi ini, moga kita lebih berhati-hati selepas ini, moga kita tidak mudah mempercayai apapun maklumat yang diterima tanpa menyelidiki terlebih dahulu, lebih-lebih lagi perkara yang tiada bukti sahih, melainkan apa yang nyata tertulis di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W.. hadis pun banyak juga yang palsu..huhu..
Ya Allah, lindungilah kami dari tipu daya dunia...aminn
No comments:
Post a Comment
(Thanks for dropping by!! ^_^)