Pada suatu hari di tempat yang tidak diketahui...
Zarina : Dengar cerita dah nak fly?
Hafizah : 21hb ni, 11 pagi.
Zarina : Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya…
Hafizah : Perkataan ‘akhirnya’ tu tak bestnye dengar!…
Zarina : Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak
fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan
teman lelaki kau ke?
Hafizah : Haah. Kitorang masuk universiti sama-sama, duduk rumah sama-sama…
ish tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada boyfriend.
Zarina : hah? Biar betul! Kenapa? takde mamat yang nak dengan kau ke? Kau
memilih sangat kot?
Hafizah : Hmmm entahlah. Tak berminat nak ada boyfriend ni… kenapa aku nak
kena ada teman lelaki?
Zarina : Bila kita ada teman lelaki ni, jiwa kita lagi tenang. Ada tempat nak luahkan
perasaan, kongsi masalah. Kawan-kawan perempuan ni, kalau nak ajak
lepak- lepak, shopping, jalan-jalan ke, tak ada masalah. Tapi kalau nak
cerita part- part emosi ni susah sikit, nanti kita pulak kena kutuk jiwang
la ape la. Kalau diorang dengar pun masalah kita, diorang tak ambil serius
dan bagi cadangan merepek- repek. Akhirnya, masalah tak selesai, kita
pulak yang kena gelak.
Hafizah : Lagi?
Zarina : Naluri manusia la kan, ingin disayangi dan menyayangi. Perempuan ni kan
bersifat menyayangi. So nak sayang dan ambil berat pasal sape kalau takde
orang untuk disayangi, ye tak?, pastu, lelaki pulak suka melindungi, jadi kita
dah tak perlu risau..dah ada yang ambil berat dan jaga kita...Lagipun, kalau
kau nak tahu, lelaki sebenarnya nampak je macho ke ganas ke keras ke, tapi
sebenarnya jauh di sudut hati, diorang ni nak jugak dimanja-manja. Takkan
diorang nak bermanja dengan lelaki pulak kan, hubungan terlarang, hehe…
Hafizah : Hmmmmm…
Zarina : Tapi tu pendapat aku la. Orang lain aku tak tahu. Aku nak cerita lebih-lebih
pun, aku pun tak pernah ada teman lelaki. Huhu…
Hafizah : Pendapat aku pulak, kalau ikut pengalaman aku, kalau itu yang kita dapat
bila ada teman lelaki, aku tak perlukan diorang pun aku boleh dapat semua
tu.
Zarina : Wow cerita sikit…
Hafizah : Aku ikut usrah. Dalam usrah aku, kitorang bebas je nak cerita masalah
masing- masing. Siap kadang-kadang tu, kitorang menangis sama-sama.
Tapi bukanlah bermakna kitorang ni jenis minah-minah jiwa, yang tak boleh
nak sosial ‘huha- huha’ semua tu. Kadang-kadang kitorang pergi berkelah,
camping, sukaneka, jogging, main bowling. Kadang-kadang masa cuti
panjang, kitorang pergi naik gunung lagi! Pergi air terjun, pantai, pusat
beli belah, dan macam-macam lagi. Ala-ala macam keluar dating dengan
teman lelaki jugak la. Bezanya, keluar dengan ahli usrah ni, senang nak jaga
syariat dan batas. Dan, biasalah manusia kan, kadang-kadang kitorang
ada je gaduh, tapi disebabkan masing-masing saling memahami bahawa
manusia ni memang banyak kelemahan, senang je kami nak berbaik semula.
Pendek kata, aku nak cakap, nikmat-nikmat bercinta tu aku dah dapat
dalam usrah. Tentang naluri untuk menyayangi dan ambil berat pulak, aku
juga handle usrah untuk junior-junior aku. Setiap masa aku akan fikir,
macam mana lah aku nak beri pendedahan agama yang berkesan untuk
mereka. Setiap kali mereka buat salah, aku rasa sedih sebab gagal tegur
mereka. Setiap kali mereka buat baik, aku akan rasa gembira, kerana
tahu mereka akan dapat pahala. Setiap antara kami saling menasihati
agar semua dapat membuat pilihan yang tepat, dalam menentukan
halatuju di akhirat. Pastu, murabbiyah iaitu yang handle usrah tu selalu
je ambil berat ngan anak-anak buah dia.. Kadang-kadang dia sanggup jalan
jauh, susah payah untuk datang jumpa kita.. Bila kita sakit, diorang akan
hantar pergi klinik, kalau tak pun, belikan ubat, masakkan makanan, then
jaga kita..pendek kata, kita memang berpeluang rasa bermanja dengan
sahabat-sahabat usrah...lagi best! hehe..
Zarina : Nampak macam ideal sangat je cerita engkau ni. Dulu pun aku ikut
usrah, tak ada pun macam tu. Diorang ni cakap je ukhuwwah tu
penting la ape la, last-last asyik bergaduh, usrah ponteng, naqibah
aku pun asyik cakap isi sama je setiap minggu. kadang-kadang tu,
diorang pun tak faham perasaan aku..Aku pun bosan, aku keluar
dari usrah tu..huhu
Hafizah : Zarina, kita kena sedar, usrah ni bukan kumpulan malaikat. Usrah
ni kumpulan manusia yang nak jadi baik, maknanya mereka belum
baik lagi. Jadi setiap orang termasuk kita, bertanggungjawab untuk
saling menegur kelemahan ahli, agar sama-sama kita tidak menjadi
golongan yang rugi. Kan Allah berfirman, setiap manusia ni rugi,
kecuali yang saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Allah suruh kita saling berpesan, bukan hanya menerima pesanan.
Zarina : Hmmm..Betul jugak eh. Aku tersilap! Mungkin dulu aku marah sangat, ikut
perasaan. Sebenarnya naqibah aku tu baik sangat, selalu tanya aku solat
subuh tepat waktu ke tidak, siap tidur kat rumah aku lagi untuk pastikan
aku tak subuh gajah. Lepas dah lama sikit dalam usrah, dia ajar aku untuk
bangun untuk solat malam..Dia tak jemu bagitahu aku itu ini..hmmm..
banyaknya kesilapan aku pada dia, aku kena mintak maaf pada dia...
Hafizah : Kita kena la saling belajar untuk menerima diri masing-masing seadanya.
Kalau bercinta dengan boyfriend pun kita kena buat macam tu kan? Eh tapi
kau jangan salah faham, aku bukan lesbian! Aku masih berkeinginan
nak kahwin, dan aku sedar memang kita perlukan lelaki dalam hidup.
Cumanya, untuk mempunyai teman lelaki, aku tak nampak signifikan dia
kat mana. Nanti bila aku dah serius nak kahwin, aku tunggu je orang pinang
aku kot! hehe..
Zarina : Hehe..hmm, betul jugak cakap kau tu..kalau bercinta banyak kali, lepastu
putus pun tak guna jugak kan..menyiksa jiwa kita adalah! hehe.. aku
pun nak jadi macam kau la, nak tunggu je jodoh aku sampai, then kahwin..
mak aku cakap, bercinta lepas kahwin ni best! hehe..okeyla.. Lain kali kalau
ada masa, kita boleh bersembang lagi. Mana tahu kau nak bercinta dengan
aku pulak, nak ajak usrah online dengan aku… hehe… thanks Fizah..
Hafizah : Hehe...boleh je.. nanti kalau kau lapang, kita sembang lagi okay..
Insyaallah. Salam…
Di EDIT DAN DICOPY Dari: azzariyat.com
No comments:
Post a Comment
(Thanks for dropping by!! ^_^)