Ikhwan yg dikasihi....
♥♥Jika kau mencintaiku kerana Allah, jangan dekati aku...
Jika kau mencintaiku kerana Allah, jangan menggodaku...
Jika kau mencintaiku kerana Allah, jangan merayuku....
Jika kau mencintaiku kerana Allah, jaga izzahmu denganku...
Jika kau mencintaiku kerana Allah, jangan menyentuhku...
Jika Mencintaiku kerana Allah, jagalah hatimu dan hatiku agar tetap MencintaiNya...
♥♥Jika kau mencintaiku kerana Allah, jangan menjadikan aku kekasihmu...
Jika kau mencintaiku kerana Allah, pilihlah jalan yang Allah redhai untuk mendapatkan hatiku...
Jika kau mencintaiku kerana Allah, jauhilah jika kau tahu aku belum siap menerima pinanganmu...
Jika kau mencintaiku kerana Allah, bersabarlah mengungkapkannya di saat yang tepat....
♥♥Jika kau mencintaiku kerana Allah, tak usah khuatir kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah...
♥♥Jika kau mencintaiku kerana Allah... Yakinlah, Jika aku memang di takdirkan Allah menjadi bidadarimu kita pasti akan bersatu.
Jangan menodai kesucian cinta hanya kerana nafsu semata...
♥♥Ukhti yg disayangi....
Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa malu mendekatimu,apa kau tidak merasa takut terjerat padaku???
♥♥Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa malu dengan menggodamu,apa kau tidak merasa terpedaya pada kegodaanku ???
♥♥Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa segan merayumu, apakah kau terbuai oleh pujuk rayuku???
♥♥Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tak mampu menjaga izzah ketika mdekati mu, apakah kau tidak menolakku dengan perisai malumu???
♥♥Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa berasa berdosa berani menyentuhmu, apakah kau tidak takut Allah murka padamu, masihkah kau percaya pada ucapanku? tak curigakah kau padaku? Tak inginkah kau menjauhiku??? atau kerana kau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu, sehingga kau tak mampu menolakku walau kau tau semua ucapanku " Mencintaimu Kerana Allah" adalah palsu.
♥♥Ketahuilah ukhti...
Jika aku seorang ikhwan sejati Yang mencintaimu kerana Allah.. Aku tidak akan berani menyentuhmu ,bahkan hatimu... Kerana aku malu pada Allah jika bayanganku mengacaukan kekhusyukan ibadahmu...
♥♥Jika aku seorang ikhwan sejati yang mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan pernah berani merayumu, menggodamu, bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu.. Kerana kau belum halal bagiku. Aku malu jika harus membuatmu lebih banyak mengingatku dari pada mengingat-Nya. Aku malu jika harus menjadi seseorang yang membuatNya cemburu padamu kerana kau rela melanggar larangan-laranganNya kerana cintamu padaku.
♥♥Jika aku seorang Ikhwan sejati yang mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan khuatir tidak dapat memilikimu kerana tak mengungkapkan cintaku padamu sekarang walau saat ini aku begitu mengagumimu dan menginginkanmu menjadi bidadariku. Kerana aku yakin jika engkau memang di takdirkan untukku ,engkau pasti akan menjadi milikku walau aku tak mengikatmu.. Bukankah jika Allah tidak mentakdirkan kita bersama walau pun ada ikatan namun akan terlepas juga akhirnya??? Jadi untuk apa aku risau???
♥♥Ukhti...
Sedarlah... Jika aku seorang Ikhwan yang benar-benar mencintaimu kerana Allah, aku hanya akan berani merayumu, menggodamu, dan menyentuhmu setelah engkau telah halal bagiku.
♥♥
Ukhti , Tetaplah Berusaha Menjadi Solehah walau Zaman Telah Berubah....Barakallahu fiik ^_^
♥♪♫♥✿
Semoga bermanfaat...
Salam cinta, ukhwah fillah
No comments:
Post a Comment
(Thanks for dropping by!! ^_^)