“ukhti…., assalamualaikum’
“da………………….”
Ada sendu di hujung talian. Kian deras bunyi tangisan sahabatku itu.
Aku cuba membiarkan dia melepaskan kedukaan itu, dan cuba menyusun ayat untuk memintanya bersabar dengan dugaan ini.
'da…terharunya..ramai yang datang tadi”
‘ha?” aku cuba memahami apa yang ingin disampaikannya
‘da,… ‘you are not alone’..”
Aku cuba mendengar bait-bait yang diungkapkannya..Ternyata sangkaanku meleset, dia bukan menagis kerana sedih dan berdukacita, tapi menangis kerana terharu akan sebuah ukhuwah.
Ya ukhuwah itu. Kerana ukhwah itu, tidak sampai sehari, sahabat-sahabat yang lain sudah membuat kutipan untuk diberikan kepada sahabatku ini. Bukan satu dua orang yang menghulur, tapi hampir kesemua ikhwah akhwat cuba membantu. Lebih mengharukan apabila aku dapat tahu yang lebih 2 buah kereta yang datang menziarahi mereka petang tadi. Ya Allah, aku dapat membayangkan suasana itu. Semua akhwat datang dengan membawa makna sebuah ikatan ukhuwah yang tidak pernah putus. Meskipun pernah bersengketa dan tidak sefahaman, tapi kerana di sana kami pernah bersama, kami pernah melalui suka duka bersama, kami pernah berjuang dan saling membantu, itu yang membuatkan nilai ukhwah itu masih utuh hingga kini.
Hari ini, kami menemui sebuah hikmah di sebalik dugaan yang Allah takdirkan. Dengan suatu kehilangan, kami menemukan nilai sebuah ikatan. Inilah dia harga sebuah musibah, Allah gantikan dengan sebuah ukhwah. Aku dan mereka menemukan kembali rasa ukhuwah yang kian padam, dek kesibukan dan segala macam persoalan kehidupan. Kerana sebuah musibah ini, ukhuwah ini kembali tertaut. Terima kasih ya Allah. Betapa hambaMU ini bersyukur dengan nikmat ukhuwah yang Engkau berikan sebagai ganti atas ujian musibah ini…
No comments:
Post a Comment
(Thanks for dropping by!! ^_^)