Friday, 20 May 2011

izinkan aku menyibuk

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt..

“kalau tidak menyibuk hal orang lain, boleh tak??”
“dahla, tak payah nak sibuk jaga tepi kain orang..tak payah nak ingatkan aku itu ini, aku tahu..”
“eh, kubur kita nanti masing-masing kan? Tak payah nak risaukan aku..”


Mungkin kita pernah mendengar ungkapan-ungkapan seperti ini. Atau mungkin kita selalu dilemparkan kata-kata itu. Lalu apa yang kita jawab? Mungkin ramai yang membalas dengan diam ataupun…


“hmm..aku bukan apa, Cuma risau je kalau-kalau nanti di kubur kita berjiran, pastu masa kau diseksa, aku turut terkena tempiasnya…”


Oh.sindiran yang amat tajam. Mungkin ada yang menjawab begitu. Apapun, soal hukuman dan pembalasan, biarlah Allah yang tentukan. Moga Allah pelihara kita dari siksa kubur.

Jadi, mengapa perlu menjaga tepi kain orang lain seterusnya menegur kesilapan mereka?
Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan tentang apa yang kita perlu lakukan apabila melihat kemungkaran bukan?

Jom kita baca sama-sama.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra  dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)


Rasulullah s.a.w mengingatkan kita,jika kta melihat kemugkaran, maka hendaklah kita berusaha mengubahnya. Mungkin agak susah untuk kebanyakan keadaan, terutama menegur orang yang kita tidak rapat, tapi untuk menegur ahli keluarga sendiri mahupun teman rapat pun agak susah juga kan?

Jadi, kalau kita tak berusaha mengubah, dan membiarkan sahaja kemungkaran itu terus menerus dilakukan, ada apa-apa berlaku dengan kita tak?

Ya. Ada. Allah akan soal di akhirat kelak. Kita akan dipertanggungjawabkan tentang semua ini. Sepertimana Allah tuliskan dalam surah al-a’raaf ayat 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Mengapa kita perlu menyibuk dan menegur dan menasihati? Kita dah jaga diri, jaga amal, jaga ibadah, cukuplah, kubur masing-masing kan?

"Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya."(Hadis Riwayat Muslim)

Kita dah mengasihi diri kita, dengan tidak membuat maksiat dan kemungkaran, tapi kita jangan lupa apa yang Rasulullah pesan, untuk menyintai saudara kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri. Jika kita mengasihi  diri dengan menjaga diri dari kemungkaran, melakukan semua apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang dilarang, maka kita juga perlu mengingatkan dan membantu saudara kita untuk melakukan benda yang sama bukan?

ya..itulah seharusnya..


jadi, jom kawan-kawan..mari kita bersama-sama mencari redha Allah yuk!!! (^_^)

nota untuk kawan: maafkan aku kawan..izinkan aku menyibuk..kerana aku sayang kamu.. :''(

No comments:

Post a Comment

(Thanks for dropping by!! ^_^)