Tuesday, 28 June 2011

duhai maksiat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..

Duhai Maksiat…
Sungguh Diriku berat
Berlepas dari jerat – jerat
Yang telah kau ikat terlalu kuat
Pada hati yang telah berkarat
Pengingkaran pun terasa nikmat
Hingga bergunung dosa telah ku pahat
Kian terasa, neraka tiada sekat

Duhai Maksiat…
Engkau dan syaitan terlaknat
Bersahabat berteman dekat
Berjanji menjadi pengkhianat
Melawan Allah yang Maha Melihat
Juga Menentang Malaikat yang selalu mencatat

Duhai Maksiat…
Engkau membuat fikiranku penat
Hatiku berubah hitam pekat
Jiwaku tersesat, akhlakku bejat
Ragaku meronta menggeliat
Masa depanku suram kelat
Rezekiku kian mampat
Usiaku sia – sia tak bermanfaat
Aku sendiri kehilangan akal yang sihat


Duhai Maksiat…
Kini aku berhasrat
Asa ku juga sudah bulat
Sebelum mentari terbit di sebelah barat
Dan ruh ini diambil malaikat
Aku ingin bertaubat
Kembali menjadi muslim yang ta’at


Ya, hanya dengan taubat
Hati kan bersih berkilat
Iman juga akhlak kan memikat
Semua kudapat dalam taubat
Bukan dengan meminta pada bomoh khurafat
Bukan pula memohon kepada azimat
Apalagi berharap di kuburan keramat


Ya, kerana taubat adalah ubat
Dengan istighfar juga menyesal sebagai syarat
dan diiringi dengan tekad yang kuat
Untuk tak lagi berbuat maksiat
Meskipun terasa pahit dan berat
Kadang dada sesak bak terikat
Kan kulakukan semua dengan ikhlas dan bersemangat
Kerana ku tak tahu bila akan kiamat
Atau bila ku akan tidur di liang lahat


Kini, ku berharap kepada Allah yang memberi Rahmat
Agar dosa yang telah tercatat dan tersurat
Dapat dihapus tanpa cacat
Menjadi pahala berganda berlipat
Sebelum ajalku mendekat
Atau turun azab nan hebat

Kelak, ku masih berharap diberi manfaat
Melalui Rasul seluruh ummat
Tentunya Dengan izin Allah yang Maha Penyelamat
Semogaku mendapat syafa’at

Wahai Sahabat…
dan para Ikhwan dan Akhwat
Mari, bersama kita berbuat
untuk segera bertaubat
Demi hidup bahagia di Akhirat
Sebelum segalanya terlambat...






~nota facebook..=)~~

No comments:

Post a Comment

(Thanks for dropping by!! ^_^)