Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..
Surat ini kutujukan buat seseorang yang pernah singgah di hatiku.
____________________________♥
Syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.
Ukhti,
Alhamdulillah, aku telah menemukan sesuatu dalam pencarianku untuk mendamba cintamu.
Dalam tidak sedar, sebenarnya, aku ada Kekasih yang sentiasa menjaga dan melindungiku.
Kekasih yang Tidak pernah mengantuk, dan Tidak pernah Tidur.
Yang terus menerus Memperhatikan dan Mengurusku.
Yang selalu bersedia berduaan di sepertiga malam terakhir.
Ukhti,
Selama ini ku kira kaulah segalanya bagiku,
sehingga aku sanggup berbuat apa demimu.
Tapi setelah aku menemuiNYA, aku tersedar kini, bahawa aku telah berlaku khilaf terhadap diriku dan jua dirimu.
Maafkan aku kerana membawamu ke jalan yang salah..
Meskipun kita silap, DIA tetap masih memberi peluang padaku dan jua kamu untuk mengecap nikmat di sini.. dan, aku khuatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu..
Aku takut, hubungan kita selama ini membuatNya murka. Sedang Dia Maha Kuat, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.
•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•
Ukhti,
Belum terlambat untuk kita bertaubat.
Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti akan ditanyakan olehNya.
Dia bisa marah, ukhti. Marah kerana aku telah berbuat hal-hal yang tak sepatutnyanya padamu.
Marah kerana aku pernah mendahului takdirNya dengan mengajakmu untuk menungguku menjadi isteriku kelak padahal itu belum pasti adanya.
Dia bisa Marah. Tapi sekali lagi, kita belum terlambat.
Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang, semoga DIA mahu Memaafkan dan Mengampuni.
DIA Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.
•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•
Ukhti,
Maafkan aku
Aku harus memutuskan untuk menyerahkan cintaku padaNYA sebelum tiba masanya aku menemui tulang rusukku..
Tika ini, aku ingin menjadi kekasihnya..
Aku ingin hanya DIA yang bertahta di hatiku..
Tapi tak cuma aku, Ukhti. Kau pun boleh menjadi kekasihnya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.
Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini.
Ukhti,
Insya Allah, Dia ada rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing…yakinlah ukhti
Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang lelaki soleh.
Ya, lelaki soleh yang pasti lebih baik dari diriku saat ini.
yang akan memimpinmu menuju syurgaNYA..
Dia yang akan membantumu menjaga agamamu agar hidupmu sentiasa dalam kerangka mencari redha Allah dalam ikatan pernikahan yang suci..
•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•
Ukhti,
moga engkau bisa menjaga dirimu, izzahmu, dan jangan sampai ada yang berani merendahkanmu..
Kerana sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang..
Moga engkau tetap menjaga hatimu, sampai masa engkau dijemput pendampingmu..
Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku.
Ukhti,
aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini.
Tapi, aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara di jalan Allah. Ya, saudara di jalan Allah.
Itulah ikatan terbaik. Tak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin di dunia..
Tak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah di telaganya.
Lalu baginda pun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku.
Maaf, ukhti. Tak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini akan merosak hati.
Tak akan ada lagi sms dariku yang rutin masuk ke telefon bimbitmu untuk bertanya sudah solat atau belum.
Aku tak ingin kau memiliki rasa riak sedikitpun di hatimu ketika akan beribadah.
Itu sangat dibenci oleh Allah dan tak akan diterima amalnya.
Ketikan keyboard terakhirku di surat ini adalah doa keselamatan dunia akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, Insya Allah..
Assalamualaikum wbt...
copy dan edit nota seorang kawan=)
No comments:
Post a Comment
(Thanks for dropping by!! ^_^)