Friday, 10 June 2011

secangkir teh pengubat letih

Bismillahirrahmanirrahim

YILIK YAP DENIZE AT, BALIK BILMEZSE HALIK BILIR!"
"Teruskan berbuat baik dan lemparkan ia ke hamparan lautan. Andai ikan tidak terlihatkan ia, Tuhan sentiasa mengetahui-nya"
~secangkir teh pengubat letih~  

“Ada yang pergi Turki dapat pahala, ada yang pergi Turki dapat dosa. Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah yang dikatakan, ‘Siapa kamu menentukan cara kamu melihat’. Kesannya pula ialah. ‘Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat”.
Mukadimah yang sungguh menyentuh pemikiran untuk berfikir. Ramai orang yang pergi mengembara dan melancong. Atas sifat apa? Suka-suka, menenangkan fikiran, mencari perempuan, mengkaji sejarah atau kembara iman mencari Tuhan? Setiap orang ada niatnya yang tersendiri untuk mengembara di bumi Allah ini..
Kita sendiri yang menentukannya.


SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH

Sebuah buku travelog kembara Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang terlebih dahulu ditulis di dalam blog beliau. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan pembacaan buku ini, dan insya Allah saya cuba berkongsi serba sedikit tentang apa yang terkandung dalam buku ini..^_^

TURKI NEGARA SEKULAR ATAU ISLAMIK?
Selepas kejatuhan kerajaan Islam Turki Othmaniyyah, Turki telah dilihat sebagai blok sekular yang baru. Hampir keseluruhan Islam telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk dengan dasar sekularnya. Persoalannya, masih adakah Islam di bumi Turki?
Turki adalah negara yang unik. Negara Dua Benua dan terjadinya pertembungan puak Sekular dan Islam yang dahsyat!

Jika kita ke Turki sebagai pelancong, mungkin kita akan melihat Turki yang sekular terutamanya di Istanbul. Deretan pusat tarian gelek dan gerai majalah lucah menjadi ‘penyeri’ di sana. Itu Turki yang sekular. Mana Turki yang Islam?

Catatan penulis menceritakan Islam sangat subur di Draman, Fatih, Eyup dan banyak lagi pekan-pekan kecil yang dihuni oleh penduduk yang komited dengan peraturan Islam. Tempat-tempat ini seolah-olah tidak pernah mendengar tentang Ataturk dan Ismet Inonu. Jutaan para Huffaz telah dilahirkan bagi memartabatkan Islam di sana.
Turki. Negara Dua ‘Alam’.

TEH PENGUBAT LETIH
Di Turki, masyarakatnya gemar meminum teh. Di mana-mana pasti ada teh. Teh di Malaysia dan Turki sangat berbeza. Di Turki, mereka akan merebus teh sehingga masak terlebih dahulu, kemudian teh itu akan menjadi te pekat tanpa gula. Kemudian, kita yang akan menentukan samada hendak minum teh pekat atau cair, manis atau tidak. Menarik kan?=)

WARTA BERITA SANGAT PENTING
Bayangkan ketika anda sedang rancak berbual dengan rakan-rakan mahupun keluarga, tiba-tiba perbulan itu terhenti serta merta hanya kerana siaran berita di televisyen. Itulah fenomena yang berlaku di Turki. Semua orang Turki sangat suka menonton warta berita. Mereka sangat mengambil berat tentang isu semasa sehinggakan siaran  berita sangat popular di sana. Mereka langsung tidak mahu ketinggalan walau satupun berita. Di Malaysia?  mungkin golongan ibu-ibu bapa-bapa  sahaja yang setia menanti siaran berita.
Sifat orang Turki yang sangat mengambil berat tentang isu semasa patut kita contohi. Tidaklah hanya berada di bawah ‘tempurung kelapa’ yang hanya mengundang perangai ‘AKU TIDAK PEDULISME’ bak kata Ustaz Hasrizal. Kalau siaran berita di televisyen tidak menyenangkan hati untuk ditonton, tentunya ada inisiatif lain yang boleh kita lakukan untuk mengetahui tentang isu semasa kan=).

TIADA KULIAH MAGHRIB!
Di Turki tiada budaya Kuliah Subuh dan Maghrib seperti di Malaysia. Bagaimana mereka menuntut ilmu jika tiada kuliah ilmu di Masjid? Mereka mempunyai budaya mengambil tahu hal semasa dan budaya membaca yang tinggi. Oleh sebab itu mereka kurang mengamalkan budaya kuliah agama di masjid-masjid mereka. 


Tiada ustaz atau ustazah yang popular di sana seperti di Malaysia. Mereka lebih meminati penulisan berbentuk pandangan yang boleh dibaca di dada akhbar mereka. Bagi mereka itu adalah sumber ilmu dan kadang-kadang ceramah agama ini lebih membawa kecelaruan dalam pemikiran mereka.


SUASANA POLITIK YANG GENTING
Selepas kejatuhan kerajaan Islam di Turki, suasana politik di Turki semakin mencabar. Pertembungan antara puak sekular dan puak Islam sentiasa berlaku. Namun sekarang politik Islam kembali menyinar di sana, tetapi terlalu hebat ditentang oleh puak sekular terutamanya daripada tentera Turki.
Recep Tayyip Erdogan (kiri) dan Necmettin Erbakan (kanan)

Nama seperti Necmettin Erbakan (Parti Refah) dan Recep Tayyib Erdogan (parti AKP) membawa sinar baru kepada kebangkitan Islam di Turki. Perjuangan mereka mendapat tentangan yang hebat daripada puak Sekular yang kurang senang dengan politik Islam.
Kedua-dua pemimpin ini telah diperangi sehinggakan parti pimpinan mereka diharamkan dan mereka disumbat di dalam penjara. Sekolah Tahfiz ditindas, Fakulti Islam ditutup, pengharaman pemakaian tudung bagi perempuan dan lain-lain lagi. Mungkin kerana itu Turki dilanda gempa bumi yang dahsyat pada 17 Ogos 1999. Wallahua’lam.


Terlalu banyak input yang boleh dikongsikan dalam buku ini. Isu di atas hanya secebis sahaja dari keseluruhan yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal. 

JIKA LETIH BOLEH MINUM SECANGKIR TEH!! =)




copy dan edit ulasan dari  http://jamalrafaie.com/2010/05/ulasan-secangkir-teh-pengubat-letih.html =)


1 comment:

(Thanks for dropping by!! ^_^)