Friday, 17 June 2011

tolong beritahu si dia

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..


Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..


Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula bermudah-mudah dengan ikhtilatnya
Tolong sampaikan pada si dia, aku cemburu apabila dia mesra dengan ajnabinya..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mengharapkan dia menjaga dirinya sebaiknya..



Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sedarkan si dia, usah ucap cinta jika dia belum bersedia menambah tanggungjawabnya..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga
batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, andai aku belum ditemuinya sepanjang pencariannya
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi punca kemurkaan Allah padanya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, Aku mahu dia menggapai redha Yang Esa..
Tolong sampaikan pada si dia, Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu untuk memberitahunya..

Hanya Engkau Ya Allah yang mengetahui siapa dan di mana si dia..
Moga pesananku sampai padanya dan lindungilah dia dimana saja ia berada.. 
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar
berduri yang terjaga oleh tuannya..
Moga dia tetap mengingati pesanku sehingga sampai waktunya dia menemui aku..
moga tetap dalam jagaan Allah..


***tammat**


nota kaki: Tolong pesan pada pembaca, aku mengizinkan mereka untuk meng'copy', kerana aku pun membuat perkara yang sama=)

No comments:

Post a Comment

(Thanks for dropping by!! ^_^)